Nak Souvenier best?

Showing posts with label jualan murah. Show all posts
Showing posts with label jualan murah. Show all posts

Mampu memperoleh pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

~Lepas ni makin ramaila yang nak join Avon ni kan.. Nak join jugak le.. BOLEH ke? Tanya Dini jom.

Tambahan pula, apabila melihat sendiri kejayaan downline menjadi Senior Executive Sales Leader (SESL) menjadikan wanita kelahiran Johor Bahru, Johor itu lebih bersemangat, aktif dan yakin.

Bermula sebagai seorang suri rumah, Nora kini boleh berbangga dengan pencapaian diri apabila bergelar Sales Leader No. 2 negara sepanjang tahun 2010.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata itu, Avon Sales Leadership bukan sahaja memberi pendapatan stabil malah mampu mengeratkan hubungan bersama kumpulan masing-masing.

“Ini sangat berbeza daripada kebanyakan perniagaan skim jualan langsung yang ada iaitu menekan downline untuk kejayaan upline.

“Malah, melalui Sales Leadership ini, ia dapat melatih saya menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan prihatin hasil daripada sesi latihan profesional yang dianjurkan Avon,” ujar Nora yang tidak ketinggalan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang sentiasa menyokongnya.

Kini, soal kewangan bukan satu masalah besar buat Nora sekeluarga kerana dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

Sementara itu, di bawah program elaun kereta pula, Nora berjaya memiliki tiga buah mewah. Ternyata, bersama Avon Nora dan keluarganya dapat menjalani hidup mewah walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Pesanan Nora bagi mereka yang berminat merebut peluang menambah pendapatan bersama Avon adalah meletakkan impian di hadapan dan terus mengusahakannya hingga berjaya.

Untuk peluang pendapatan bersama Avon, sila layari www.my.avon.com atau hubungi 1800-22-AVON (2866).


Elak ditipu semasa promosi `Jualan Murah’: Ismail Sabri

~berhati2 menjelang ramadan ni.. biasanya situasi yg dihadapi di mana dah beli setengah2 barang.. bila ke kedai lain pula harga yang jauh lebih murah... menyesal pun ada tapi orang kata bukan rezeki.. jadi kena buat keputusan yg betul sebelum membeli belah

BERA - Orang ramai diingatkan berhati hati semasa membeli barangan pada promosi “Jualan Murah” bersempena Aidifitri bagi mengelak daripada ditipu peniaga yang menjual barangan berkenaan pada harga lama dan bukannya pada harga diskaun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai yang merasakan mereka ditipu boleh membuat aduan kepada bahagian penguatkuasa kementerian berhampiran ataupun menghubungi hot line kementerian 1300–888-255.

"Kementerian baru-baru ini telah mengeluarkan arahan bahawa peniaga atau pekedai yang hendak mengadakan jualan murah perlu mengemukakan semua senarai barang termasuk harga asal dan yang baru bagi membolehkan kelulusan diberikan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Bera di pekan Kerayong di sini, hari ini.

Beliau berkata, peniaga atau pekedai yang melakukan penipuan di bawah Skim Jualan Murah boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi peniaga persendirian, denda RM250,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk syarikat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...