Nak Souvenier best?

Showing posts with label kicap tiruan. Show all posts
Showing posts with label kicap tiruan. Show all posts

Tak Ada Telur Tiruan.

~Jadi sebenarnye tak ada la ek telur tiruan itew..

KUANTAN – Ujian awal ke atas sampel telur yang dikatakan tiruan mendapati produk itu mengandungi bahan telur tulen.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan ujian makmal kimia, protein kulit serta putih dan kuning telur terbabit adalah telur sebenar.

"Bagaimanapun untuk memastikan ia betul-betul bukan telur palsu, kita hantar lagi buat ujian DNA dan apabila kita sahkan tulen atau tidak, saya akan umumkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Tiong Lai berkata keputusan ujian DNA itu dijangka diketahui esok.

“Ini melibatkan kepentingan umum, semua orang nak tahu hasil siasatan kita,” katanya.

Beliau juga berkata kementeriannya pernah menerima laporan berhubung perkara sama pada 2007, namun kajian yang dibuat menunjukkan tidak ada telur tiruan di pasaran di negara ini.

Justeru katanya, orang tidak perlu panik berhubung perkara tersebut.- Bernama

Kicap Tiruan Cap Cicak?

~Erkh.. Ini bukan kisah kicap tiruan.. Ini kisah kicap berperisa cicak.. Apa agak rasa cicak tu.. Macam fear factor lak.. Tapi ni fear factor Malaysia.. Macammana cicak tu boleh ada dlm kicap tu.. Mungkin terjatuh masuk dalam botol masa skodeng pekerja yang comey2 tu.. Seterusnya apa tindakan?.. Saman ke?

KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...