Nak Souvenier best?

Showing posts with label laser hijau. Piala Suzuki AFF 2010. Show all posts
Showing posts with label laser hijau. Piala Suzuki AFF 2010. Show all posts

Tahniah Pemain Bola Sepak Yang Menggondol Piala Suzuki AFF 2010

KUALA TERENGGANU - Enam pemain bola sepak anak jati Terengganu yang membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, menerima anugerah daripada Kerajaan Negeri malam tadi.

Anugerah yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said itu berbentuk satu lot tanah dan wang tunai RM5,000 seorang.

Pemain-pemain berkenaan ialah Mohd. Sarbini Alawee Ramli, Mohd. Ashaari Shamsuddin, Mohd. Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd. Faizal Mohamad dan Norshahrul Idlan Talaha.

Ahmad berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen kepada atlet dan berharap lebih ramai lagi anak jati Terengganu berjaya pada masa akan datang.

Ahmad turut menasihati para pemain yang akan mewakili Terengganu dalam pertandingan Liga Malaysia supaya lebih berdisiplin dan tidak bersikap mudah berpuas hati dengan pencapaian mereka untuk memastikan negeri itu mampu muncul sebagai satu kuasa baru dalam sukan bola sepak. - Bernama

~Beruntung kan mereka ni.. Dapat ganjaran tu.. Tuah manusia.. siapa yang tahu.. Macam Khairul Fahmi Che Mat yang malatops tu kannn.

Laser Hijau?

~saje nak mengugel, apakebenda laser laser ni ye.. Paling tidak kalau ada orang tanya boleh la kita bagitau amende laser ni..

Laser
adalah merupakan sebuah peranti yang mengeluarkan cahaya melalui satu proses dipanggil pemancaran terangsang. Laser adalah akronim kepada LASER (Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation - Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran yang Terangsang). Cahaya laser adalah gelombang elektromagnet nampak yang berada di dalam julat tertentu.

Ia adalah sumber optik yang memancarkan foton dalam pancaran koheren. Cahaya laser biasanya hampir-monokromatik, contohnya, mengandungi panjang gelombang tunggal atau warna, dan dipancarkan dalam pancaran halus. Ini berbeza dengan sumber cahaya biasa, seperti mentol, yang memancarkan photon yang dapat dilihat kesemua arah, biasanya mencangkupi jarak gelombang spektrum elektromagnetik yang luas. Aksi laser dapat difahami melalui penggunaan teori mekanik kuantum dan termodinamik (lihat sains laser).

Kata kerja "to lase" bererti "untuk meghasilkan cahaya jelas (coherent)" atau kemungkinannya "untuk memotong atau merawat dengan cahaya kelihatan", dan merupakan pembentukan dasar istilah laser.

sumber: wiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...