Nak Souvenier best?

Showing posts with label motosikal. Show all posts
Showing posts with label motosikal. Show all posts

SESEKALI KURASA TERINGIN..

Tapi
itula..
hanya mampu RASA je..
Tengok dari jauh..
Nak meRASA naik pun RASA nya tak mampu..
Sebab?
Belum bersedia RASAnya untuk memiliki..
Belum bersedia untuk MENAIKI.

Mulakan dulu dengan mimpi..
Macam sewaktu kecil dahulu..
Bermula angan-angan untuk menjadi MENTERI..
Sebelum itu sudah puas pasang angan untuk jadi PRAMUGARI..
Dan akhirnya termenung sendiri
Memkirkan diriku KINI.

Kini 'remaja roda dua '.

~Haritu samseng jalanan. Kini 'remaja roda dua ' pula.. Macam-macam.

ALOR SETAR: Bagi mengelak persepsi negatif terhadap penunggang motosikal, penggunaan istilah 'mat rempit' disaran diganti dengan 'remaja dua roda'.
Ketua Pegawai Eksekutif Ride It Right Management (Malaysia) Sdn Bhd, Suhaimi Abd Jalil berkata label mat rempit yang diberi kepada penunggang motosikal akan menyebabkan mereka mungkin bertindak seperti golongan berkenaan dan bagi mengelak perkara itu berlaku, istilah tersebut perlu ditukar.
"Kenapa perkara-perkara negatif itu harus kita uar-uarkan dan banggakan, sedangkan kita boleh menggunakan perkataan yang lebih baik daripada merempit? "Bila kita menguar-uarkan perkataan merempit, Malaysia akan sinonim dengan perkataan itu, dan kerana itulah hari ini kita menguar-uarkan tentang penggunaan istilah remaja dua roda yang nampak lebih positif, dan mungkin suatu hari nanti, perkataan rempit itu akan hilang," katanya selepas pelancaran 'Karnival dan Kempen Ride It Right: Tunggang, Jangan Tunggang Langgang', Sabtu.
Beliau berkata walaupun perkataan merempit mungkin mustahil untuk ditukar, namun sebagai langkah awal, penggunaannya dapat diminimumkan.
"Meminimumkan perkataan merempit itu sudah cukup baik bagi kami kerana melalui pendekatan itu juga kita dapat mengurangkan gejala Mat Rempit yang lebih cenderung ke arah aktiviti negatif," katanya.
Suhaimi berkata kempen Ride It Right itu akan menjadi platform kepada golongan remaja dua roda untuk menjadi profesional dalam bidang permotoran.
"Di sini kita memberi pendekatan kepada mereka supaya mereka tidak menunggang motosikal dengan cara yang salah.
"Jadi, kita akan ketengahkan bakat mereka di saluran yang betul dan mereka akan dilatih oleh golongan yang profesional dalam bidang ini," katanya.
Majlis yang mendapat kerjasama UMW Pennzoil Distributors Sdn Bhd dan Polis DiRaja Malaysia itu dilancarkan Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab, dan Kedah merupakan negeri keenam selepas Perak, Pahang, Melaka, Perlis serta Pulau Pinang. BERNAMA

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...