Nak Souvenier best?

Showing posts with label review blog oleh cikgu dahlia. Show all posts
Showing posts with label review blog oleh cikgu dahlia. Show all posts

Sammy tk lover / Thank you cikgu Dahlia

Mula mula nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Dahlia kerana 2-3 harini sumber traffik adalah dari blog DJ. Memang dapat kesannya la bila blog direview oleh DJ dan nasihat nasihat bernas disampaikan. Harapnya apa yang DJ bagitau tu kawan kawan pun dapat kongsi la untuk memantapkan blog masing- masing supaya ada yang sudi membaca.

Ada apa dengan ' sammy tk lover' tu? Cube teka? Jawapannya adalah..... Sebenarnya frasa tu merupakan 'search keyword' yang dicari di blog ini? Entah apa maksudnya pun tak tahu.. Jom google sama sama..

Tip Blogging dari DJ / BLOG Review By Cikgu Dahlia -(bukan Cikgu Shida ye)



Dear DJ

Terima Kasih tak terhingga kerana sudi komen blog ALL IN ONE ini. Tidak disangka blog cikai/ blogger kategori merah ini berjaya juga menempatkan diri untuk di review dalam projek DJ2B. Kali pertama blog direview oleh seseorang yang kira 'otai' dan berpengalaman iaitu Cikgu Dahlia.

Memang sejak awal lagi sign up dengan blog ni blog DJ adalah tempat untuk melepak-lepak. Mulanya sebagai 'silent reader'. Namun sekarang terasa 'sedikit berani' untuk blog ini dinilai. Dan hasilnya amatla memberangsangkan kerana banyak rupanya nasihat dan tip oleh DJ.

Antara tip yang diberikan:

  • Templat yang muram dan suram ( ni la templat sejak dari mula: tengah berusaha mencari yang lebih menarik:[ pernah cuba tapi blog jadi huru hara :(] thanks)
  • Perlu ada header yang menceriakan blog (bab ni memang kurang pandai.. ada orang nak tolong?)
  • Skroll panjang di blog; jadi pembaca kena skroll sehingga terlalu bawah (setuju dengan DJ)
  • Footer terlalu semak dengan award (ie banner tu: setuju jugak.. kena buang/atur dengan lebih baik)
  • Bahagian footer, letak beberapa column untuk bloglist.. (ok, akan belajar caranya)
  • Dari segi penulisan :Perlu guna huruf besar juga, Perlu buat perenggan juga (ok DJ, yang ni noted dan akan cuba perbaiki)

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
Yang Ikhlas:
Nur
(mood: happy kerana blognya direview oleh blogger otai! cuba cakap siapa yang tak happy bila blog anda di review otai?)

~direview dalam projek dj2b disini
Entry projek disini




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...