Nak Souvenier best?

Showing posts with label sambutan hari kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label sambutan hari kemerdekaan. Show all posts

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 55.


Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.
Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan. 

credit: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/sejarah-kemerdekaan

HAPPY INDEPENDENCE DAY.

IMAGE SOURCE: GOOGLE.

Simbol Tangan Laungan Merdeka.

from Dato' Mustafa Maarof.

"Saat laungan merdeka semasa pengisyhtiharan kemerdekaan negara Malaysia, tangan pemimpin itu dilepaskan (bukan digenggam) sebagai simbolik kepada kebebasan yang dikecapi negara"

30 08 2012

Senarai Jalan KL ditutup sempena Sambutan MERDEKA.

Jalan KL ditutup sempena Sambutan MERDEKA.


KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia, bermula dari 10 hingga 16 Sept ini.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata jalan terbabit akan ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi, 10 Sept bagi tujuan persiapan dan latihan serta sambutan sebenar pada 16 Sept.

"Terdapat jalan yang akan ditutup seawal 4 pagi bagi tujuan persiapan dan penutupan jalan akan dilakukan pada setiap tarikh itu dan akan dibuka semula setelah acara selesai," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Jalan berkenaan ialah Jalan Travers, Jalan Mahameru, Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah, Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Hishamuddin Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan Jalan Raja.

Jalan lain turut ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...