Nak Souvenier best?

Showing posts with label slip gaji. Show all posts
Showing posts with label slip gaji. Show all posts

Penjawat Awam: Hari Pesara . 19 JULAI.

~TAHUN INI PM ISYTIHAR 19 JULAI ADALAH HARI PESARA PENJAWAT AWAM. xcuti ke?


KUALA LUMPUR - Setiap 19 Julai, Malaysia akan meraikan Hari Pesara Penjawat Awam sebagai menghargai jasa pesara penjawat awam dalam membantu membangunkan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah membela kebajikan lebih 400,000 pesara penjawat awam dengan baik dan berharap pihak lain turut menunjukkan keprihatinan terhadap mereka.

Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Pesara Kerajaan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan.

"Sebagai Perdana Menteri dan wakil kerajaan, sokongan tuan-puan semua amat besar ertinya (bagi kami)," katanya kepada kira-kira 3,500 pesara penjawat awam dari seluruh negara yang menghadiri majlis itu.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) yang akan menjadi perantara pesara penjawat awam dengan kerajaan serta membela nasib mereka.

Turut hadir Presiden Kupekmas Datuk Omar Osman yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). - Bernama

gaji kakitangan awam

~semalam ada baca satu blog ni menyatakan slip gaji kakitangan awam akan dikeluarkan melalui website jabatan akauntan negara.maksudnya kena print sendiri la slip gaji tu.. maklumlah sekarang menuju ke arah zero paper.. jadi para penjawat awam perlu ke website jabatan akauntan negara untuk print sendiri slip gaji tersebut..

apa yang diperlukan untuk pendaftaran first time adalah no ic dan no gaji.. lepas tu kena ada password la..
jadi sesiapa yang belum tahu
sila ke website jabatan akauntan negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...