Suara Dari Langit.
Sepanjang cuti panjang ni, aktiviti terhad kat rumah aja. Menghabiskan masa berkualiti bersama kaum keluarga. Ada juga yang masih bercuti kerana rata-rata bos yang suruh cuti.. Kalau cuti free kan ke best?..
Bila ada keluangan nanti akan berkunjung ke blog kawan-kawan. Membaca aktiviti terkini kawan-kawan semua ye
~ADA DENGAR KISAH SUARA DARI LANGIT?
KOTA SAMARAHAN. 21 JAN?
cuciter..
HAPPY CNY..
Buat rakan rakan pembaca
Yang rajin bertandang jua
Ke blog yang x seberapa
Semoga cuti panjang ini
Digunakan dengan berkualiti
Rehatkan minda dan juga hati
Agar selepas cuti bertenaga kembali
So, harini buat apa?
Berkunjung ke rumah rakan saudara
Untuk celebrate raya cina...
Tahun Baru Cina..
Apa yang kawan kawan terlintas bila dikaitkan dengan Tahun Baru Cina ni?
Tahun ini Tahun Naga.. Dragon..
Makan besar malam nanti.
Buah limau mandarin yang banyak..
Pokok limau juga ada.
Yee sang...
Kedai kedai yang berlumba lumba nak buat harga runtuh
Cuti yang panjang..
Traffic jam..
Ok.. Bagi yang baru nak balik kampung..
Berhati hati lah..
Cuti Tahun Baru Cina 2012. PLKN..
Pelatih dibenarkan pulang pada petang Jumaat ini dan perlu kembali ke kem PLKN pada petang Rabu depan, demikian menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara dalam satu kenyataan hari ini.
Pelatih dikehendaki mendapatkan surat kebenaran daripada waris atau penjaga untuk menjemput mereka dari kem-kem PLKN. — BERNAMA
~SERONOK DAPAT CUTI PANJANG...
SEGMEN 1MALAYSA - SELAMAT TAHUN BARU CINA
Sangat bertuah sebab dapat mengenali beberapa rakan yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.. Khas buat mereka (anda tahu anda siapa..).. Terima kasih atas persahabatan itu.. Kita pernah berkawan dan selamanya akan kekal berkawan.. Atas kesanggupan membantu di kala kami buntu, atas kesanggupan menyelesaikan sesuatu kala kami tak tahu. Terima Kasih.. 'Tocey..'.. Kamu ye.. kamu dan kamu dan kamu.. Selamat Tahun Baru Cina. Moga Tahun Arnab tahun ini bakal menjanjikan 'ong' yang berlipatkaliganda..
~BA anjurkan segmen ni.. jom join..
Tak Kenal Kuih Bakul..
"Kuih bakul atau dalam sebutan Cina nian gao tidak terhad kepada kaum Cina saja, malah saya banyak menerima tempahan daripada orang Melayu. Ada seorang guru dari Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Kak Pah selalu datang ke sini tempah kuih bakul untuk diagih-agihkan kepada kawan-kawannya," katanya ketika ditemui.
Menceritakan pengalamannya, Hui Ming berkata, ibunya Tan Kim Jee, 68, mengajar beliau membuat kuih bakul sejak lima tahun lalu.
Bahan utama untuk membuat kuih itu tidaklah sukar, cuma memerlukan beras pulut dan gula. Bagaimanapun, cara membuatnya agak rumit kerana ia memakan masa yang agak lama.
Langkah membuat kuih itu bermula dengan mengisar beras pulut menjadi tepung, kemudian direndam selama satu malam. Sebelum dicampur gula, ia perlu ditoskan sebelum diuli.
Hui Ming berkata, kuih bakul perlu dikukus agak lama iaitu selama 18 jam sehingga warnanya bertukar menjadi coklat. Setelah masak, ia perlu dijemur di bawah cahaya matahari seharian.