Nak Souvenier best?

Showing posts with label yahoomail. Show all posts
Showing posts with label yahoomail. Show all posts

YAHOO!Malaysia.. dan Ramadhan..

~jom visit.. ada apa?


YAHOO!Malaysia melancarkan laman web Ramadan Mubarak, iaitu pusat sehenti yang direka untuk menyediakan maklumat berkaitan yang diperlukan umat Islam sepanjang bulan ini.

Pengarah jualannya, Jon-Tjin berkata, laman web itu akan menyediakan mesej-mesej berunsur kerohanian dan sosial.

"Kandungan yang telah dibangunkan secara menyeluruh mengimbangi kepentingan umat Islam dalam mematuhi nilai-nilai Islam dan memenuhi keperluan gaya hidup pengguna.

"Antara yang dipaparkan di dalam laman web itu adalah resipi, artikel kerohanian, ulasan bazar Ramadan dan foto yang boleh dimuat naik pengguna dan berkongsi untuk menjadi daripada sebahagian komuniti dalam talian sempena perayaan ini," katanya.

Login Facebook / Tips Tambah Trafik ke Blog

Sekarang ni dah jarang jarang nak login facebook tu. Lebih berminat untuk meng update blog dan berbogwalking. Tapi sebenarnya dengan Login facebook jugala salah satu cara cepat untuk blogwalking.. Setuju tak?.. Sebab melalui facebook, kita akan tahu siapa yang sedang update.. Jadi bolehla kita g serang orang tu dengan harapan bahawasanya orang itu akan datang menerjah balik blog kita.

Thru facebook juga kita dapat mempromosikan blog kita pada kawan kawan yang tiada blog. Kalau hari hari kita update status kat facebook, makanya lama lama mesti ada juga yang akan tertarik baca entry kita tu.. Nak nak pulak dia share pulak link tu.. Menarik bukan.. Itu khas untuk mereka yang banyak kawan..

Selain tu, cara promosi lain adalah dengan sertai kelab kelab malam.. bukan.. kelab kelab bloggers yang ada.. (Ni kira ibarat ketam mengajo anaknya nih).. Tapi boleh diamalkan .. Maksudnya sertai sesatu komuniti yang akan dapat mempublisitikan sesatu blog.. Dan setiapkali update pasti orang akan datang baca kan.. betul tak?.. Fikirkan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...