Nak Souvenier best?

cleft palate? 2

Bagaimana Cara Anda Memberi Makan?

Penyusuan badan adalah baik dan amat digalakkan (Shaw at el,1999) tetapi terdapat banyak kes di mana ianya tidak berjaya. Oleh itu, penyusuan botol (diisi susu badan) merupakan cara yang terbaik.Doktor anda akan mencadangkan beberapa cara jika anda mempunyai masalah untuk memberi anak makan.

Cara yang berkesan ialah:

  1. Menggunakan botol yang boleh mampat dan mempunyai muncung yang panjang.
  2. Bayi diletakkan pada kedudukan tegak semasa makan untuk mengelak makanan keluar melalui hidung.
  3. Bayi yang mempunyai 2 rekahan penuh (bilateral complete clefts) dicadangkan guna pinggan khas
Penjagaan Kesihatan Pergigian
Penjagaan pergigian perlu dimulakan dari awal kelahiran.
Doktor pergigian akan menerangkan cara memberi makan dan menjaga kesihatan mulut anak. Kanak-kanak istimewa ini biasanya memerlukan penjagaan pergigian yang sama seperti kanak-kanak biasa. Lawatan awal ke klinik pergigian amat digalakkan, bermula dari umur 6 bulan

2 comments:

Unknown said...

info yang menarik..best nya..

nur said...

Rozuan Ismail - share sama2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...