Nak Souvenier best?

musim banjir melanda

~musim banjir dah tiba.. melanda utara dan pantai timur negara.. jadi sesiapa ada perancangan melancong ke tempat- tempat tersebut kena alert dengan berita-berita terkini. kasihan juga bagi mereka yang tak dapat hadiri konvokesyen sanak saudara mereka di uum.


CHANGLUN: Ribuan kenderaan yang dalam perjalanan pergi dan pulang ke Bukit Kayu Hitam, Sintok dan Perlis melalui Lebuhraya Utara-Selatan terkandas apabila Sungai Changlun naik setinggi 0.7 meter di Kilometer 10.5 lebuh raya itu di sini, petang semalam.

Kesesakan bermula kira-kira jam 2 petang sebelum berlarutan akibat penutupan lebuh raya menyebabkan kenderaan terkandas sepanjang kira-kira 10 kilometer dari Napoh ke pekan Changlun menyebabkan semua kenderaan diarah berpatah balik ke Jitra atau Bukit Kayu Hitam oleh anggota polis bertugas di lokasi.

Berikutan itu, lebuh raya di pekan Changlun di sini ditutup kepada kenderaan ringan bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Masalah lebih buruk apabila ramai ibu bapa dan keluarga yang pulang dari menghadiri majlis konvokesyen anak dan waris mereka di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok semalam, terpaksa berpatah balik selepas diarahkan polis.

Nazri Baharudin, 40, dari Johor Bahru berkata, dia bersama keluarga yang datang untuk menghadiri majlis konvokesyen adik perempuannya di UUM Sintok hari ini terpaksa pulang ke hotel di Jitra kerana laluan ke Sintok ditutup berikutan banjir di Changlun.

“Saya dan keluarga terpaksa pulang semula ke hotel di pekan Jitra yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sini kerana bimbang paras air terus naik. “Saya berharap air surut dengan cepat bagi membolehkan kami menghadiri majlis konvokesyen adik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

-metro


2 comments:

sarah said...

normal la kan nor?
asl blan 11 jewk.
bajirT__T

nur said...

NynaMysarah - ye.. dah namanya musim tengkujuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...