Nak Souvenier best?

Showing posts with label PEERS. Show all posts
Showing posts with label PEERS. Show all posts

'Ibu Suruh Abang Rogol'

*** Sedih bila baca ni...

Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.

Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.
Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.


“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.
“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.


Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.
“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.


Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jawapan Maksud Rogol diberi oleh Ibu

Memang kisah perbualan tadi tu adalah situasi sebenar di alami penulis... Masa tengah syok syok makan terkeluarn pula soalan tu,, Memang terkejutla kan,,
Penulis ni pun pasang teliga juga la kan.. Nakla juga tahu apa pandangan si Ibu.. Bolehla dijadikan panduan di hari muka.. Dengan penuh berhati hati ibunya menjawab soalan sang anak" Rogol tu apa, bu?'
Alkisah ibunya bagitau" Rogol tu perbuatan orang jahat,, tak baik,,,,"
Bagaikan setuju dengan penerangan ibunya.. si anak terus menyambung bacaannya semula.. Nasib baik tak berlarutan,, Kalau tak.. Ntah apa apa lagi yang ditanyanya,,,





"Rogol Tu Apa, Bu?"

Semalam, masa blogwalking ke blog kak nor, dia cerita topik tentang gay.. Kefahaman budak budak.. Maka teringatle penulis akan sebuah kisah teladan..

Pada suatu petang yang damai di kala melepakkan diri di rumah seorang saudara mara.. Syok syok menjamu teh tarik panas kaww punye ( sedara tu dia buat .. dia taruk teh boh yang bentuk bulat tu dua keping- tu pasal jadi pekat- bukan gune teh timbang ye..)

Dan si anak sedara itu sedang jua menjamu selera sambil membaca akhbar. Masa tu budak ni baru pandai membaca la.. Sedang asek membaca.. tiba tiba " Ibu, Rogol tu apa?".. Geddebab.. Nasib baik tak tersedak biskut.. mau tercekik masa tu.. kontrol saja..

Penuh sabar menanti jawapan dari sang ibu.. Agak agaknya la.. nak jawab apa ye?.. Katakan terkena pada batang hidung sendiri.. Apa reaksi.. Tapi masa cerita tu berlaku.. Belum ada PEERS lagi la..

KSSR Rupanya Kurikulum Standard Sekolah Rendah

~Harapkan yang terbaik saja untuk institusi pendidikan negara kita ya.. Semoga segala penambahbaikan tu akan menghasilkan sesuatu yang luarbiasa.. (bacaan: kosmo)

BUKAN tugas mudah untuk memperbetulkan persepsi umum mengenai istilah seks dalam institusi pendidikan Malaysia, apatah lagi untuk diajar kepada si cilik berusia tujuh tahun yang baru menjengah alam persekolahan.

Ia menuntut corak pemikiran yang lebih terbuka dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat dan bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak. Untuk itu, kurikulum baru telah dibentuk.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula beroperasi secara berperingkat awal tahun ini tatkala sekolah mula membuka pintunya untuk murid-murid darjah satu.

Pengenalan KSSR menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dimulakan pada tahun 1993 dengan membawa gelombang perubahan yang menyasarkan pengisian pendidikan yang bersifat holistik.

Memfokuskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul, reka bentuk kurikulum juga diubah dengan menerapkan pendidikan berorientasikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau diringkaskan sebagai PEERS.

Elemen itu bakal diajar berasingan bersama penekanan dalam aspek penjagaan pemakanan dan keselamatan menerusi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Diasingkan daripada Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) menurut kurikulum lama, mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ini akan diajar dalam ruang masa 30 minit sebanyak sekali seminggu untuk pelajar sekolah rendah.

Pendidikan Jasmani pula akan diteruskan dengan memperuntukkan tempoh masa selama satu jam setiap minggu.

lanjutannya SILA BACA DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...