Nak Souvenier best?

Showing posts with label YES internet. Show all posts
Showing posts with label YES internet. Show all posts

WUUHUU dan peluang Berkarya..

~Apalagi kengkawan semua.. moh le kita..

Pegawai Operasi dan Teknikal wuuhuu E-comic, Yoze Harriando Wahyu Sumartha, 24, pula menambah, pengguna mempunyai pilihan untuk memuat turun dalam resolusi besar atau kecil.

“Ia dilakukan adalah untuk memenuhi kehendak pembaca yang ingin membaca menggunakan telefon pintar atau tablet mereka.

“Pengguna yang memuat turun komik berkenaan juga boleh membaca semasa dalam talian atau luar talian dengan lebih mudah,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai perancangan portal berkenaan, Che Onn memberitahu, portal wuuhuu.online.com juga akan menerbitkan beberapa komik dan majalah lain dalam masa terdekat untuk memberi pelbagai pilihan kepada pengguna.

Katanya, antara komik dan majalah lain dalam perancangan penerbitan ialah Yaahoi, Femag, Femom dan Gadget.

“Yaahoi merupakan komik berkisarkan aksi dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi. Majalah Gadget pula akan mengenengahkan mengenai gajet-gajet terkini di pasaran.

“Bagi golongan remaja wanita berusia 15 hingga 35 tahun kita akan menerbitkan Femag. Majalah digital Femom pula disasarkan kepada golongan ibu yang memberikan pelbagai tip mengenai ekonomi rumah tangga, penjagaan anak, resipi memasak dan banyak lagi,” katanya.

Che Onn berkata, portal berkenaan juga akan menjadi platform kepada pengkarya-pengkarya berbakat tetapi, tidak mempunyai platform menunjukkan bakat mereka.

“Kita mengalu-alukan mereka yang mempunyai bakat menghantar hasil karya kepada kami. Jika ia menepati kriteria saguhati akan diberikan dan karya mereka akan diterbitkan dalam komik atau majalah yang sesuai,” katanya.


ANJUNG STREAMYX.

~Saja nak kongsi karya tentang ANJUNG STREAMYX ni. Join satu kontes, ramai lagi yang hebat-hebat. Rupanya ANJUNG STREAMYX ni adalah kaunter pendaftaran internet secara online. Senang, tak payah beratur.. Contest dah tamat semalam. Entry asal DISINI.

A-NJUNG STREAMYX nama diberi , laman KAUNTER INTERNET ONLINE sebagai PUSAT SEHENTI.
N-ak DAFTAR INTERNET ONLINE PERCUMA khidmat diberi. Tidak perlu beratur, memudahkan diri.
J-angan ragu jangan keliru, hanya KLIK KLIK sahaja pasti menjadi.
U-ntuk anda semuanya diurus disini. Dari mula hingga BROADBAND diberi.
N-yatakan jenis broadband pilihan hati. Pasti ada yang memikat nanti.
G-unakan peluang keemasan ini. ANJUNG STREAMYX memang mudah sekali.

S-treamyx untuk PENGGUNA BIASA serta Streamyx untuk PERNIAGAAN(SOHO) boleh didapati.
T-ermasuk juga UNIFI VIP dan BIZ, juga CELCOM BROADBAND pilihan terkini.
R-ancangan seterusnya untuk tambah khidmat pendaftaran ISP lain seperti YES, P1Wimax,U-Broadband, Maxis Broadband juga pelbagai lagi.
E-loklah 'LIKE' di laman FACEBOOK ANJUNG STREAMYX ini,
A-gar mudah untuk ikuti perkembangan dan informasi.
M-arilah sama rasai kehebatan ANJUNG STREAMYX di alamat:http://www.anjungstreamyx.com ini.
Y-ang pasti menjanjikan kelainan dan keistimewaan yang tersendiri.
X-faktor ANJUNG STREAMYX adalah suatu kelainan yang dicari.

Slow nye.. Macam Kura Kura Ke Siput?..

Alangkah selow melow nye talian internet di kala kesunyian ini. Kenapa agaknye ye.. adakah kerana ramai sangat yang sedang online.. Sungguh tidak bermaya sekali line internet pada hari ini.. Jadi perjalanan tidaklah sejauh mana.. Tidak sampai di Doha.. Cuma ke 3 wilayah persekutuan.. ( Ada 3 Wilayah Persekutuan rupanya sekarang ye.. Adakah baru atau sudah terlupa?)

Dalam TV asyik keluar iklan YES tu kan.. Bukan Year End Sale oke.. Tapi talian internet yang baru tu.. Cuma nak tahu la kan kot kot ada yang dah menggunakan perkhidmatan YES ni.. dari YTL.. Ada ke kawan kawan yang dah guna.. Apa pendapat anda.. Rasa macam mustahil je pada awalnya.. tapi sekarang semua boleh buat kan.. Bukan hanya Malaysia Boleh.. Macam youtube tu dah ada 1tube (khas untuk Malaysia..)

Tadi ada tak kawan kawan yang termenonton rancangan dokumentari masakan?. Kalau tak silap channel Afc kot.. Tentang toad- kodok ke katak ke.. adik beradik la tu.. Eii.. geli sangat tapi nak tengok juge. Rancangan kat Thailand, cara cara menangkap kodok itu, lalu memasaknya.. Erk.. Masih terbayang.. Kense makan tadi.. Tapi rasa lapar pulak lepas tu.. akhirnya makan juga la kan.. Kesian lak nengok sang kodok itu dimasak idop idop..

Dah.. nak sambung jalan jalan cari makan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...