Nak Souvenier best?

Showing posts with label Afc. Show all posts
Showing posts with label Afc. Show all posts

Chef Di Rumah?

Menonton AFC ni. Rancangan Chef @ Home.. Sangat le suke menonton rancangan masakan walhal tidakle tau memasak.. At least boleh menjamu mata dengan hidangan hidangan yang menyelerakan.. Bukan menjamu selera.. Tapi mata..

Teringin la nak jadi macam rancangan tu.. Konon konon ada Chef datang masak kat rumah kita and buat surprise kan.. Macam best je.. Nampak cam senang je depa masak tu.. Macam macam pulak tu and sekejap aje.. Hehe..

Memang pengaruh TV ni bukan saja efek kat kanak kanak ye.. Orang tua pun terpengaruh juga.. Buan sahaja remaja.. Tapi pengaruh yang baik tak salah la kan.. Yeala.. macam rancangan masakan ni mempengaruhi para tukang masak di rumah untuk mencuba resepi resepi baru kan..?...

Setuju tak kawan kawan..

Slow nye.. Macam Kura Kura Ke Siput?..

Alangkah selow melow nye talian internet di kala kesunyian ini. Kenapa agaknye ye.. adakah kerana ramai sangat yang sedang online.. Sungguh tidak bermaya sekali line internet pada hari ini.. Jadi perjalanan tidaklah sejauh mana.. Tidak sampai di Doha.. Cuma ke 3 wilayah persekutuan.. ( Ada 3 Wilayah Persekutuan rupanya sekarang ye.. Adakah baru atau sudah terlupa?)

Dalam TV asyik keluar iklan YES tu kan.. Bukan Year End Sale oke.. Tapi talian internet yang baru tu.. Cuma nak tahu la kan kot kot ada yang dah menggunakan perkhidmatan YES ni.. dari YTL.. Ada ke kawan kawan yang dah guna.. Apa pendapat anda.. Rasa macam mustahil je pada awalnya.. tapi sekarang semua boleh buat kan.. Bukan hanya Malaysia Boleh.. Macam youtube tu dah ada 1tube (khas untuk Malaysia..)

Tadi ada tak kawan kawan yang termenonton rancangan dokumentari masakan?. Kalau tak silap channel Afc kot.. Tentang toad- kodok ke katak ke.. adik beradik la tu.. Eii.. geli sangat tapi nak tengok juge. Rancangan kat Thailand, cara cara menangkap kodok itu, lalu memasaknya.. Erk.. Masih terbayang.. Kense makan tadi.. Tapi rasa lapar pulak lepas tu.. akhirnya makan juga la kan.. Kesian lak nengok sang kodok itu dimasak idop idop..

Dah.. nak sambung jalan jalan cari makan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...