Nak Souvenier best?

Showing posts with label gossip artis. Show all posts
Showing posts with label gossip artis. Show all posts

Rozita Che Wan di gosip lagi.

rozita Che Wan di gosip lagi..


KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta, 39, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang tersebar di internet adalah dirinya.
Gambar yang diambil menerusi perbualan video itu memaparkan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan meniarap dan menunjukkan sebahagian daripada payu daranya.
Kata pelakon itu, dia tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar, malah tidak pernah membuat panggilan video sama ada melalui komputer atau telefon.

(Gambar) Inilah Leuniey yang digosip dengan Apek Khairul Fahmi

(Gambar) Inilah Leuniey yang digosip dengan Apek Khairul Fahmi.

Tiba-tiba je heboh tentang Leuniey dan Apek ni. Berita dah lama, kembali HOT. Biasala dah namanya selebriti kan, macam macam le harus ditempuhi..


Nur Eilunie Natasha Nazri
gambar Leuniey: Nur Eilunie Natasha Nazri
KOTA BHARU: Usahawan dan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey yang namanya menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, Februari lalu, mengakui berdepan dilema sama ada mahu bergelar pelakon selepas ‘diburu’ produser yang menawarkannya berlakon.

Neelofa nafi bercuti dengan Hans Isaac di Koh Samui.

Neelofa nafi bercuti dengan Hans Isaac di Koh Samui.

~Rata-rata berita pasal Neelofa ni keluar kat semua paper. Khabarnya Neelofa dan Hans Isaac pergi brcuti di Koh Samui, Thailand. Rupa-rupanya takla. Masing- masing pergi berasingan. Nur tak pernah pula sampai ke Koh Samui ni. Lepas ni nak google la keindahan Koh Samui ni.

Bercuti bersama secara kebetulan?..

Ala.. biasala kan. Macam kawan-kawan g bercuti kat Cameron Highland ke lepas tu terserempakdengan Nur masa petik strawberi.. Ha, lebih kurang gitu la situasi Neelofa ni kan. Cuma tak terserempak je dengan Hans Isaac.


Kosmo!: Pasti Lofa sendiri sudah tahu tentang gosip yang mendakwa Lofa bercuti bersama Hans Isaac di Koh Samui, Thailand baru-baru ini. Betul atau tidak?
NEELOFA: Jika mahu dikatakan saya bercuti bersama dia (Hans Isaac), dia sebenarnya sudah cuti lama (ke Koh Samui) sejak hari Khamis dan dia juga belum pulang lagi. Sedangkan, saya bersama kawan-kawan saya ingin bercuti selepas tamat penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah. Hans pula pergi ke sana dengan tujuan yang lain tapi apa yang menghairankan, mengapa mereka ini (blog-blog gosip hiburan tempatan) mahu paparkan gambar (yang) saya (rakam) dan jadikan ia isu besar.
Ini kerana memang saya sendiri yang muatnaik gambar (pemandangan di Koh Samui) tersebut. Pelik mengapa mereka paparkan gambar tersebut dan reka cerita lain. Jika Lofa mahu orang tahu bahawa Lofa bercuti bersama Hans, baik Lofa rakam gambar bersama dia sahaja.
Jadi Lofa memang bercuti bersama kawan-kawan Lofa?
Ya, betul.
Lofa ada berjumpa dengan Hans di Koh Samui?
Tidak sama sekali. Kami tidak berada di lokasi yang sama di Thailand, dia telah ke Phuket. (Pelakon) Nazim Othman juga ada bercuti di Phuket. Saya juga tidak jumpa Nazim kerana dia menginap di resort yang lain. Ini kerana percutian Lofa itu hanya selama dua hari sahaja. Lofa pergi hari Ahad dan pulang semalam (Isnin).

Farid Kamil & Diana Danielle Bertunang,, takde gambar pun

~ada yang frust tak?..
takde gambar pun dalam mstar tu..


PETALING JAYA: Pelakon jelita Diana Danielle menganggap pertunangannya dengan aktor Farid Kamil yang berlangsung Ahad lalu adalah sebagai satu tempoh percubaan sebelum bergelar suami isteri.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, berkata, bertunang pada usia muda tidak menghalangnya untuk belajar menjadi seorang wanita yang lebih matang selain ia adalah sebuah ujian yang harus diharunginya bersama Farid untuk beberapa tempoh.
"Terima kasih atas ucapan dan doa yang diberikan pada kami. Sebenarnya saya tidaklah terlalu teruja, tetapi bagi saya, pertunangan ini adalah ujian buat kami.
"Bersedia atau tidak, kami akan belajar perlahan-lahan untuk serasikan diri dalam ikatan ini (bertunang) ," katanya menerusi mesej ringkas melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini, Selasa.

FASHA SANDHA dan IQRAM DINZLY..

Ada apa dengan mereka berdua ni?.. Antara FASHA SANDHA dan IQRAM DINZLY?.. kawan- kawan tau ke tak?.. Siapa yang nak tahu bolehla jengah jengah dunia Twitter. Bagi yang dah memang aktif twitter tu dan dah follow kedua dua selebriti tersebut, pastinya kawan-kawan sudah maklum apa yang sedang hangat di pasaran mengenai mereka berdua tu..
Lupakan kisah tersebut. Tengah frust juga ni sebab tak dapat nak menontonSTANZA CINTA . sebab apa? Sebabnya sekarang disiarkan cerita eh program KONSERT JOMHEBOH. oleh itu tak ada la cerita STANZA CINTA tu ye. Memang meletup- letup la si Aaron Aziz ni ye.. Semenjak dua menjak tiga menjak ni.
Bermula sebagai SETH TAN dalam cerita akasia NORA ELENA, kemudian KLGANGSTER yang pecah panggung tu.. Dan seterusnya STANZA CINTA ni kan.. Ada harapan dapat jadi BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN tu nanti.. Untuk Tahun Hadapan.. Ganti SAM .. Boleh tak kalau cenggitu?..
Oh ya.. Bagi yang nak follow twitter ALL IN ONE, sila cari dengan emel : nurhafiz2009@yahoo.com.

PS/ kamu sokong siapa?
FASHA SANDHA atau
IQRAM DINZLY?

GAMBIT SAIFULLAH.

Dikorek entry yang lepas... kat sini:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2010/12/siapa-kenal-gambit-saifullah.html


Nama Penuh :
Mohd Saifullah B. Rosli
Tempat Lahir :
Kuala Lumpur
Bangsa :
Melayu
Bahasa :
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Spanyol
Kerjaya :
Pelakon, Pengarah, Pengacara, Model, Penerbit Filem, Penerbit TV, Pelagak Ngeri
Kemahiran :
Berlakon, Komedi, Menari, Mengacara, Seni Bela Diri, Model, Menyanyi, Aksi Lagak Ngeri

(Nora Danish) mengakui ...

Nak baca paper dulu.. Harini agak terlambat..
sedikit masa lapang dipenuhi aktiviti.. Kawan-kawan apa cer?.. ce cite.. ce cite..

PETALING JAYA: Pelakon jelita Nora Mohd Danish Hanif, 29, (Nora Danish) mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 27 tahun dan bukannya kerabat diraja dari Terengganu seperti yang didakwa sebelum ini.
Kata Nora, teman barunya itu hanyalah orang biasa dan tiada kena-mengena dengan golongan kerabat, VIP mahupun artis.
"Saya memang sedang berkawan dengan seseorang. Dia seorang ahli perniagaan dan berusia dua tahun lebih muda daripada saya.
"Namun, semuanya masih terlalu awal kerana kami baru saja berkawan. Tiada hubungan yang serius tetapi kami rapat," jelasnya yang ditemui pada sidang media drama Ana Lu’lu di Sri Pentas, di sini, Selasa.
Mengulas lanjut tentang teman barunya itu, pelakon sitkom Puteri ini berkata, walaupun wujud perasaan sayang di antara mereka, hubungan mereka bagaimanapun masih berada peringkat awal untuk merancang soal perkahwinan.
"Memang ada perasaan sayang tapi terus-terang saya katakan semuanya masih terlalu awal. Saya sendiri sedang melalui proses menilai dan mengenalinya lagi.
"Biarlah kami berkawan dulu kerana saya tidak terdesak untuk berkahwin semula dalam masa terdekat," katanya yang enggan bercerita lanjut tentang jejaka tersebut.
Menerusi perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) dari Jun 2006 hingga Julai 2008, pasangan itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli yang kini berusia dua tahun setengah.

Lisa Surihani Girlfriend Yusry?

KEPOH bukan sebarang kepoh, kepoh Diva kali ini berbunga ceria. Diva ini sifatnya kalau tidak berlaku di depan mata, sukar nak percaya kata-kata luar.
Tapi baru-baru ini Diva dan teman-teman sendiri ternampak kelibat merpati dua sejoli itu makan malam di kawasan Ampang, Selangor.
Bila Diva toleh ke belakang, Diva nampak Yusry dan Lisa sedang berjalan menuju ke meja sambil masing-masing berteman. Lisa ditemani ibunya, manakala sutradara muda itu ditemani seorang kawan.
Pandangan semua orang di kedai makan tersebut seperti magnet terus tertumpu kepada pasangan baru ini. Maklumlah sama cantik sama padan.
Diva curi-curi pandang juga pasangan itu berbual. Nak lihat wajah berseri orang yang khabarnya dilamun bunga-bunga cinta. Diva lihat sipi-sipi, Yusry tersenyum-senyum memandang terus ke wajah Lisa.
Tak tahulah Diva kalau si Lisa tengah bercerita hal kelakar atau memang Yusry jenis lelaki yang sangat mengagumi kecantikan kaum hawa. Tapi pandangan itu sesuatu sangat. Macam ada bunga-bunga sahaja di keliling Yusry.
Diva doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Jangan jadi macam sesetengah artis yang cuba cover line dan takut untuk mengaku ada kakasih hati kerana takut saham jatuh.
Soal hati memang tak siapa boleh menipu. Apa-apa pun semoga Lisa dan Yusry berbahagia hendaknya.
Diva: Harap-harap terserempak dengan pasangan 'kasih' yang menidakkan hubungan mereka.
-Bacaan: kosmo.
Tak salah rasanya kalau diorang berpasangan kan? Sokong tak?

PELAWAK yang buat kerja ni

~Semalam baca kat paper ada berita yang laporkan PELAWAK yang buat kerja ni. Berita yang kat kosmo harini seperti berikut.. Harapnya tak betul la kan.

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelawak terkenal, A.R. Badul (gambar) menafikan dia terlibat dengan laporan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa menjadi mangsa cabul baru-baru ini.

Badul atau nama sebenarnya, Armaya Arman Ramlie, 63, ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam berkata, dia tidak tahu dirinya dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral itu seperti yang dilaporkan akhbar dan laman portal kelmarin.

“Saya belum membaca akhbar lagi. Saya tak tahu hal (cabul) ini,” katanya yang pernah membintangi filem Si Badul (1978), Panglima Badul (1979) selain sitkom Puteri di TV3.


artis cium mulut lagi

masih teringat kisah BCL dan ashraf sinclair tentang kes bercium ni.. lepas tu ashraf minta maaf dan sekarang dah kahwin dan dah dapat anak.. lepas tu sekarang ni hot pula tentang cerita nabil raja lawak yang heboh ada gambar dia bercium mulut dengan artis baru.
terbaca juga kat berita harian semalam.. kata nabil itu gambar 'mirip'nya.. dan menafikan gambar itu.. itu, tak tahula nak komen apa sebab kalau betul-betul tak buat tak apala.. bak kata dj, artis ni idola.. kalau terang-terang buat aksi tak elok nanti menjadi trend pula(kalau sorok pun tak boleh juga oke).. dalam zaman dunia di hujung jari ni.. macam2 boleh buat- superimposed etc.. berita pun cepat aja tersebar ye..

gambar nabil raja lawak-google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...