Nak Souvenier best?

Showing posts with label keyword. Show all posts
Showing posts with label keyword. Show all posts

MIERA LAYANAN.

Apa yang dicari dengan menaip Miera Layanan tu ye?.. Mushkil sungguh. Atau agaknya tersilap taip kot. Mungkin nak taip Miera Liyana.. Dah dekat-dekat tu kan namanya tu.

Nak tengok gambar MIERA LIYANA yang kontroversi tu ke. Minta maaple, takde kek sini. Tulis berita aja.. Gambar-gambar tu tak letak kalau bab kontroversi. Bukan apa, kot memberatkan blog.

Tu takpe lagi.. Kot kot la.. berat mata yang melihatnye nanti. Tak ke haru namanya tu. Keyword tu penting juga kan dalam berblogging ni. Selalu aja nengok mereka yang bermain dengan KEYWORD. Tapi, sebab bukan pakar dalam Arena keywords ni, main belasah ajala tulis apa yang terlintaas di minda.

~Kawan-kawan kenal ke SIAPA MIERA LIYANA tu. Tetiba je glamer macam menang Anugerah Oscar. Dia memang pelakon. Cerita Kamelia Katrina- yang jadi si baikhati tu la..

KATA KUNCI: TSUNAMI.



Inilah kata kunci yang dikaitkan dengan blog ALL IN ONE ni. Takde la pulak tentang tsunami ke .. nuklear ke.. Sebabnya, tak banyak entry yang berkaitan pun.. Cuma, bila ada yang menarik tu baru la dikongsikan.. Lagipun dah banyak orang yang post tentang tsunami ni kan.

Dan, tak pastila pula yang kata-kata kunci atau keyword yang kat atas tu ada dalam entry - entry sebelum ni.. Mungkin ada atau mungkin juga tak ada.. Tapi kenapa keluar juga kat blog ni ye?..

Tentang Dahlia Iking tu sebenarnya dia Daphne Iking.. beliau kan memeluk Islam. Jadi tukar nama yang sedap ni.. Macam sis Dahlia aka cikgu Dahlia ni..

Naturactor original tu apekebendenye?
Sat nak p Google..

Keyword: Mohe UPU.

Panas ye keyword itu sekarang. Maklumla sekarang ni kan ramai yang tengah apply nak masuk U. Mestila semua yang berkenaan tu berlumba lumba untuk isi borang UPU.. Nak nak pula sekarang ni dah takde gune kertas ye untuk apply universiti ni kan. semua online aje.. Sebab tu la sampai ada yang cari sampai ke blog ini..

Ada la dua tiga komen yang keciwa dengan line UPU online ni.. Katanya asek jammed aja.. Nak buat camne ye nak kasi clear.. Mungkin kene online jam dua tiga pagi kot.. Cari masa yang sesuai supaya takde le jam beno line masa tu.. Bayangkan berapa orang ye online pada sesuatu masa?.. Calon SPM saja dah berapa.. Tu tak masuk yang SPM dua tiga tahun lepas.. STP lagi kan..

Apa pun good luck la.. Doa je time kita online tu Tenang aje.. Semoga berjaya.. Pilih Kursus apa ye?

Semester baru start bulan September la ye?..

Sammy tk lover / Thank you cikgu Dahlia

Mula mula nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Dahlia kerana 2-3 harini sumber traffik adalah dari blog DJ. Memang dapat kesannya la bila blog direview oleh DJ dan nasihat nasihat bernas disampaikan. Harapnya apa yang DJ bagitau tu kawan kawan pun dapat kongsi la untuk memantapkan blog masing- masing supaya ada yang sudi membaca.

Ada apa dengan ' sammy tk lover' tu? Cube teka? Jawapannya adalah..... Sebenarnya frasa tu merupakan 'search keyword' yang dicari di blog ini? Entah apa maksudnya pun tak tahu.. Jom google sama sama..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...