Harga RON95.
APA YANG NAIK?
KUALA LUMPUR - Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.
Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas.
"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya di sini semalam.
OH MINYAK!
Apa Yang Naik tu? Isk: Harga Minyak Naik
KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.
~Apa? Harga minyak naik lagi.. Aduh.. Parah parah.. Harga minyak makin naik.. Tapi kereta makin banyak pula dijual... Yang kaya terus kaya.. Yang miskin ditindas tindas.. Sebab tak belajar ekonomi.. tak tahu nak predict masa depan..