Nak Souvenier best?

Showing posts with label ron97 naik. Show all posts
Showing posts with label ron97 naik. Show all posts

OH MINYAK!


Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.
~Makin hari makin naik harga minyak. Harga barang pun pasti akan naik juga nanti ekoran kenaikan harga minyak...

Apa Yang Naik tu? Isk: Harga Minyak Naik

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.

~Apa? Harga minyak naik lagi.. Aduh.. Parah parah.. Harga minyak makin naik.. Tapi kereta makin banyak pula dijual... Yang kaya terus kaya.. Yang miskin ditindas tindas.. Sebab tak belajar ekonomi.. tak tahu nak predict masa depan..

Minyak naik harga / Tukar Menukar

Apa?.. Harga minyak naik lagi?.. Ingatkan haritu minyak Ron97 je yang naik, sukala sebab minyak Ron95 kekal. Namun kegembiraan cuma sementara. Berita tadi merungkaikan segalanya. Harga minyak Ron95 naik lagi. Selain tu LPG pun sama naiknya. Darah pun naik juga la kalau begini. Macamana ni, harga barang semakin naik. Adakah ini yang dikatakan inflasi? Dah lama tak tulis karangan tentang inflasi.. Maksud inflasi pun kabur, lama tak buka buku.. Ada sesiapa boleh jelaskan?

Seharian harini kurang berblogwalking gara- gara men touch up kan blog. Godek punye godek.. ni la hasilnya.. Dah penat.. Nanti lainkali tukar lagi. Guna templat sebelum ni sejak dari mula lagi.. Jadi ni nak berhijrah la.. Tahun baru kan tak lama lagi..





harga minyak ron97 naik lagi

jadi betulla apa orang khabar anginkan selama ni.. harga minyak ni akan naik lagi.. macam setiap bulan pula harga minyak ron97 ni naik.. nasib baik harga ron95 kekal. pakat-pakat guna minyak murahla lepas ni.. kalau nak lagi murah guna air je.. tapi jalan kaki la.. atau naik basikal.. kereta elektrik?.. kereta solar?(ni risiko kalau musim hujan- tak gerak la kereta tu..).. alternatif oh alternatif...
~kenapa la harga makin naik ni?..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...