Tahniah kepada pasukan bolasepak Negeri Sembilan dan Pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya melayakkan diri ke Perlawananan akhir PIALA MALAYSIA 2011. Perlawanan Akhir Piala Malaysia ini juga diselitkan dengan beberapa kontroversi dan perasaan tidak puashati. Terutamanya melibatkan harga tiket yang terlalu tinggi. RM 50. Namun, nasib baik pada saat akhir harga Tiket perlawanan akhir PIALA MALAYSIA 2011 kekal RM30.
Keghairahan final piala Malaysia ni dirasai meski cuaca yang tidak menentu. Keadaan padang yang juga menjadi kontroversi tidak mematahkan semangat kedua dua pasukan Hobin Jang Hobin serta Peteh Ganu Peteh ini.
Secara keseluruhannya, sejak menonton SECARA LANGSUNG di rtm1(sebab pengulasnya menarik dan hebat oke..).. Boleh dikatakan PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2011 ini sedikit hambar... Perlawanan yang kurang memberangsangkan. Adakah mereka terlalu berhati hati,,? Apapun.. Semoga adala pasukan yang menang nanti.. Kalau menang penalti tak syokk la kan..
Apa kata kawan kawan?
- okela.. Dapat satu goal buat Terengganu ( Ashaari) minit 59.
Goal minit 81- untuk NS.. Kesian lak tengok goalkeeper Terengganu tu..
Oke- lagi satu goal untuk negeri Sembilan.. Minit ke 86..
Showing posts with label pasukan bolasepak negeri sembilan. Show all posts
Showing posts with label pasukan bolasepak negeri sembilan. Show all posts
FINAL PIALA MALAYSIA 2011. TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN.
MARI KITA TENGOK SIAPA YANG MENANG NANTI!!
TEMBOK Kota Bharu telah diruntuhkan, benteng Shah Alam sudah dipecahkan.
Kini '11 tentera putih' kendalian Irfan Bakti sedia merobohkan kubu Seremban dalam misi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kuala Terengganu.
Atas kertas, segala kelebihan memihak kepada anak-anak buah Irfan dengan hampir 90 peratus meramalkan trofi paling berprestij itu akan terus kekal di Pantai Timur selepas kejayaan Kelantan musim lalu.
Persoalan kini, mampukah Terengganu merealisasikan ramalan itu dengan corak permainan penuh taktikal, ataupun Negeri Sembilan lebih berhak mendakap Piala Malaysia buat kali ke- tiga selepas edisi 1948 dan 2009.
Apa yang pasti, Stadium Shah Alam malam esok bakal menjadi saksi kepada kejaguhan sebenar dua pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertemu buat julung kali di pentas final Piala Malaysia sejak 1921.
Bagi Irfan sendiri, beliau tidak memandang status pilihan yang diberikan kepada skuad kendaliannya sebagai satu tekanan, malah ia dianggap suatu penghormatan buat semua pemainnya yang telah bekerja keras sepanjang musim ini.
Jelasnya, para pemainnya juga kini memiliki motivasi tinggi untuk mengharungi 90 minit permainan di Shah Alam selepas kejayaan menyingkir dua bekas juara, Kelantan dan Sela- ngor di peringkat suku akhir dan separuh akhir.
"Kami telah bersedia dari segi fizikal dan mental. Para pemain juga telah berikrar untuk berjuang habis-habisan tanpa mempedulikan apa juga situasi yang berlaku.
"Kami telah pergi sejauh ini dan kami tidak sesekali memandang ke belakang. Perjuangan kami tetap satu iaitu menjulang trofi Piala Malaysia dan para pemain saya bertekad untuk melakukannya dalam tempoh 90 minit," katanya.
Di sebalik keyakinan itu, Irfan bagai-manapun menjelaskan bahawa para pemainnya sebenarnya cukup bersedia untuk melalui perlawanan akhir itu andai ia terpaksa ditentukan sehingga ke masa tambahan.
Malah katanya, beraksi pada masa tambahan bukanlah asing bagi Terengganu kerana Stadium Bukit Jalil telah menjadi saksi betapa skuad Penyu itu mampu bangkit untuk menum- bangkan Kelantan seperti mana yang dilakukan pada final Piala FA, Jun lalu.
"Kalau perlawanan ditentukan sehingga masa tambahan, ia tidak menjadi masalah buat saya.
"Kami telah melakukan persiapan yang cukup rapi dan saya boleh kata- kan, semua pemain termasuk yang berada di bangku simpanan sedia untuk diturunkan," ujarnya.
Ditanya adakah beliau bersedia dengan kemungkinan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, Irfan secara sinis berkata, ia juga bukan memberi masalah kepada pasukannya.
"Sejak dari awal lagi saya telah katakan yang kami cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir ini.
"Tidak kira bagaimana sekalipun perlawanan ini ditentukan, kami tidak akan gentar. Para pemain memikul amanah besar kerana saya tahu seluruh rakyat Terengganu mengharapkan agar kami membawa pulang piala ini," tegasnya.
Mengulas mengenai barisan kemungkinan, Irfan masih bertegas untuk tidak mendedahkannya sekalipun gambaran awal mengenai kesebelasan pemain yang bakal diturunkan telah ada.
Bahang Piala Malaysia 2011 makin Terasa.

IRFAN (kanan) menyampaikan sesuatu kepada para pemain Terengganu ketika sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.
TERENGGANU BOLEH MENANG?
NEGERI SEMBILAN PUN KUAT JUGE TAU.
LEPAS 90 TAHUN TAK BERSUA..
DI GELANGGANG AKHIR.
BAHANG MAKIN TERASA. PIALA FA.
Salam siaran kawan-kawan.
Hari yang indah ni buat apa? Cuti? Atau sedang bersiap sedia ke STADIUM untuk menyaksikan PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011 ni?. Atau bercadang menontonnya di rumah sahaja? Tapi masih menyediakan diri bagai nak menontonnya di STADIUM ye. Tapi kalau menonton di rumah tak FEEL La keseronokannya. Kecuali la menonton bersama sedozen kawan yang lain.
Maka, pasukan manakah yang bakal menjadi JUARA PIALA FA ni nanti. Adakah PASUKAN BOLA SEPAK TERENGGANU atau PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN yang bakal membawa pulang PIALA FA punya TROFI tu? Kawan-kawan rasa pasukan mana ye?
Kalau Cik JejariRuncing, pastilah sokong pasukan kesayangannya ye.. Peribadinya, neutral. Lebih suka tengok pada keputusan tu nanti. Bila dah tau PASUKAN BOLA SEPAK yang menjadi JUARA barula nak sokong.
Ura- ura dalam akhbar semalam katanya kedua- dua pasukan telah berpakat. Kalau macam tu KEHANGATANnya pasti PUDAR nanti. Apa yang penyokong atau PENONTON ni nak tengok adalah kekuatan peribadi sesebuah pasukan BOLA SEPAK itu . Barulah ada Feel gitu. Kalau perlawanan yang sudah diatur, akan jadi TIDAK KENTANGla kan.
Tertanya- tanya juga, kalau PENYOKONG bolasepak sesebuah pasukan tu, adakah beliau akan tonton jika pasukan lain yang beraksi? Atau hanya menonton pasukan pilihan sahaja? Ye ceroi, tonton Liverpool lawan je ke atau kalau MU lawan tengok gak?..
Tapi, kalau sorang yang betul betil GILABOLA mesti dia tonton semua perlawanan kan?..

perlawanan akhir piala malaysia, kelantan 2 negeri sembilan 1 (gambar)
keputusan penuh piala malaysia 2010
kegembiraan
~tahniah buat team bolasepak kelantan kerana berjaya akhirnya menggondol kejuaraan piala Malaysia 2010. pasukan kelantan menewaskan pasukan bola sepak negeri sembilan dengan jaringan 2 - 1. impian pasukan kelantan untuk menghadiahkan piala untuk sultan muhammad ke v tercapai akhirnya.. meskipun dilanda kontroversi, jurulatihnya dikenakan tindakan, namun usaha mereka berbaloi..akhirnya kelantan juara piala malaysiabuat pasukan negeri sembilan, ketiadaan tonggak utama, aidil zafuan merupakan salah satu punca kekalahan.. aidil tercedera di tengah-tengah kerancakan permainan.. apa pun, permainan akhir malam tadi pasti melakar sejarah bagi pemain dan peminat bolasepak kelantan, dan kenangan kurang manis bagi pasukan dan pemain negeri sembilan...
~pernah masuk stadium tengok bola?
Subscribe to:
Posts (Atom)