Nak Souvenier best?

Showing posts with label bolasepak kelantan. Show all posts
Showing posts with label bolasepak kelantan. Show all posts

KOMEN Yusri TENTANG DAUDSU..

 

Komen ni diambil dari entry INI: CUTI UMUM TERENGGANU sempena PIALA FA.

Bukan Yusry KRU yang couple dengan Lisa Surihani tu ye… Rata-rata penonton komen game yang menarik. Yang ditemuramah kat Telvisyen pun komen benda yang lebih kurang sama.

Bagi Pemain Kelantan itu, pasti terbayang kesilapannya. Tapi, kata YUSRI, bukan silap dia..


yusri said...

bukan tersilap...cuma dia memang tak dapat nak buat apa dah...posisi tak selesa nak keluarkan...lagipun bola laju...tapi aku puas hati...sebab terengganu dah balas kan dendam Selangor....hehehe

Sempat lagi nak membalas dendam bagi pihak ye.. Sekejap je kan aura kemenangan ni.. Bak kata Zainal tadi.. gergasi Pantai Timur.. Macam hidup manusia juga kan.. kejap kat atas kejap kat bawah.. La ni boleh gambarkan la sapa kat bawah ye?..

Oke.. selingan ucapan terima kasih buat..

foll

Cik Ecah..

BETUL KE TERENGGANU CUTI ESOK? Follower #2456: Eja Ganu.

 

Nampaknya ramai yang MASIH tertanya-tanya tentang CUTI UMUM TERENGGANU sempena PIALA FA ni kan. Sebab kalau KELANTAN, MB nya dah CONFIRM CUTI esok.. (katanya SHAZMIRA). Rasanya, warga TERENGGANU masih tertunggu-tunggu sama ada besok cuti atau tak.

Jadi, mana nak dapat pengesahannya ye?.. Sama-sama la cari.. Yang ada INFO boleh berkongsi.. Setakat ni masih belum ada INFO. Masih mencari..

Sambil nak kongsi tentang CUTI UMUM ni.. nak SHARE juga dengan kawan-kawan mengenai kawan baru di blog ALL IN ONE ni. Terima Kasih kerana sudi berkawan di sini. Ye, kawan cari ramai ramai no.. Musuh cari yang macam TUMULAK-LAGENDA KL.. Semoga persahabatan terjalin berterusan…fol

ps. mentang-mentang Ganu menang.. kawan baru pun ada nama Ganu ye?..

Cuti Terengganu Piala FA.

Tahniah buat PASUKAN BOLASEPAK TERENGGANU yang berjaya menggondol PIALA FA 2011. Merupakan PIALA terakhir dari 2005 dan akan datang TROFI baru pula akan digunakan.

Bukan nak cerita tentang TROFI. Tapi nak berkongsi kemeriahan KEMENANGAN PERLAWANAN akhir ini. Saat ini masih berlangsung penganugerahan hadiah untuk para pemenang.

Nampaknya dah ramai yang tertanya-tanya tentang CUTI UMUM TERENGGANU sempena PIALA FA ni kan. Sebab kalau KELANTAN, MB nya dah CONFIRM CUTI esok.. (katanya SHAZMIRA). Rasanya, warga TERENGGANU masih tertunggu-tunggu sama ada besok cuti atau tak.

Jadi, mana nak dapat pengesahannya ye?.. Sama-sama la cari.. Yang ada INFO boleh berkongsi.. Tahniah sekali lagi buat pasukan TERENGGANU.

~Kesian pulak pada PEMAIN KELANTAN tu yang tersilap masukkan gol. Mesti rasa bersalah yang amat ye..

KEPUTUSAN PENUH PIALA FA 2011. JUARA.TERENGGANU 2 KELANTAN 1.

Setelah melebihi masa perlawanan yang sepatutnya.. (biasanya kan dalam 90 minit plas maines).. Perlawanan kali ini sangatla berbeza. Perlu ditambah pula masanya. Gara-gara kedua-dua PASUKAN BOLASEPAK sangat bertungkus lumus di saat akhir separuh masa kedua menyaksikan seri gol SATU sama.

Akhirknya PASUKAN BOLASEPAK TERENGGANU berjaya menggondol PIALA FA 2011 yang menjadi idaman. Tahniah buat PASUKAN tersebut. Biasalah kan, kalau dah menang ni pasti PUJIAN MELAMBUNG diberikan pada mereka. Kasihan pada yang tidak berjaya, kutukan dan kritikan akan diterima.. Itu sudah lumrah, namun terpaksa menghadapinya jua.

Tapi kalau di terima secara POSITIF pasti TIADA PENGALAH (bak kata VINCE AF).. Terima dengan hati terbuka..

Oh ye, detail PERLAWANAN  tadi boleh juga diperolehi dari SHARINGINFOZ dot com.(kalau tak tengok kat tv pun, baca entry dia memang detail.. ibarat menonton juge lah).

TAHNIAH BUAT PASUKAN TERENGGANU!!! (YDPA senyum je kan..)

KEPUTUSAN PIALA FA 2011. KELANTAN 1 TERENGGANU 1.

Belum tamat lagi perlawanan..

Masa tambahan.

Masih berdebar-debar..

Tak kisahle siapa yang menang..

Tapi kalau tiapkali tonton perlawanan.. tak kira badminton ke boling ke.. pasti berdebar..

Jom sambung tengok siapa yang bakal bawa pulang TROFI PIALA FA 2011

MASIH 0-0. INSIDEN MERCUN. CUTI O CUTI.

shazmira said...

yup . cuti da cnfirm n klntan menang ! :P

Ifti Mazin said...

saya sokong kelantan :p

Betul ye Shazmira kata besok cuti untuk KELANTAN SAHAJA ye?.. Mereka berdua ni sokong KELANTAN. Tapi nampaknya buat masa ni masih lagi 0-0 antara kedua-dua pasukan. Jadi masih menjadi  Teka Teki siapa yang bakal membawa pulang TROFI kemenangan.

Dan, tadi satu insiiden yang amat membahayakan semasa perlawanan berlangsung. Kelihatan ada PENYOKONG/ PENONTON di Stadium yang tidak bertanggungjawab membaling mercun ke tengah padang. Nasib baik tak ada sesiapa pemain yang terkena MERCUN tersebut. Sehinggakan perlawanan tersebut terpaksa dihentikan seketika.

Semoga selepas ini tidak berlaku.. Mengharapkan perlawanan AKHIR yang BERSIH…

Tadi gambar TROFI BARU PIALA FA, Ni beritanya.

~Dari kosmo.

FINAL Piala FA 2011 antara Kelantan dengan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini bakal mencatat sejarah tersendiri.

Mana-mana pasukan yang muncul juara bakal dikenang sebagai pasukan terakhir menjulang trofi yang mula diperkenal pada final edisi 2005 itu.

Ini kerana, satu trofi baharu akan diperkenalkan bermula pada Piala FA musim depan menggantikan trofi sedia ada itu yang hanya sempat digunakan untuk tujuh edisi final.

Sebelum itu, trofi pertama Piala FA digunakan pada 15 edisi terdahulu iaitu dari 1990 hingga 2004 dan pasukan Perak selaku juara pada final pertama dan terakhir diberi penghormatan menyimpan terus trofi tersebut.

“Kelantan tak pernah menang Piala FA setelah percubaan pertama pada 2009 gagal. Jadi ini kali kedua Kelantan melangkah ke final dan inilah peluang kita untuk bergelar juara.

“Harap Kelantan jadi penerima terakhir trofi ini dan dipertimbangkan untuk simpan terus trofi ini,” kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim pada sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil petang semalam.

Namun tidak semudah itu buat Kelantan bergelar juara Piala FA buat pertama kali dalam sejarah kerana Terengganu berhasrat menjulang Piala FA buat kali kedua selepas muncul juara pada tahun 2000.

Pengurus pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh berkata, kekalahan 0-3 kepada Kelantan pada aksi Liga Super pada Isnin lalu telah dilupakan bagi memastikan mereka tampil lebih mantap pada aksi final malam ini.

“Pertandingan Liga Super dan Piala FA kami anggap dua perkara yang berbeza. Saya harap para pemain Terengganu dapat mempamerkan aksi terbaik mereka bagi mengatasi kekuatan pasukan lawan,” ujar Che Mat.

Dalam pada itu, pihak polis akan menempatkan seramai 2,600 anggota keselamatan di dalam dan luar stadium bagi mengawal kehadiran kira-kira 85,000 penonton kedua-dua pasukan malam ini.

AKHIRNYA: PENYOKONG KELANTAN.

amniey91 said...
ni dy penyokong kelantan..hahaha...
gomo kelate gomo...insyaAllah berjaya...
:D
Sharinginfoz said... tak sabar nak tengok game malam ni, GKG

Nah, ni dia dua orang yang SOKONG KELANTAN. Tapi masih 3 TERENGGANU dan 2 KELANTAN. Adakah keputusan malam ni pun macam ni juga. Mari kita tunggu sama-sama. Harapnya cuaca dan keadaan baik akan mengiringi PERLAWANAN AKHIR PIALA FA ini nanti.

Agaknya ada tak sesiapa yan tengah mengUPDATE blog saat ini,, dan secara langsung dari STADIUM SuKAN BUKIT JALIL tu. (pernah ke sana ke?) Pasti kebingitan dan kehangatan sudah bermula.. Tapi rasanya permulaan KEHANGATAN PERLAWANAN AKHIR PIALA FA ni dah bermula sejak kedua-dua pasukan tu melayakkan tempat ke pusingan akhir kan?..

Dan, perang HADIAH atau GANJARAN bagi PASUKAN yang bakal menjadi JUARA PIALA FA pun semakin menyemarakkan semangat para pemain.

ps. SIAPA PEMAIN PILIHAN KAWAN-KAWAN pula malam ni?

TERENGGANU JUARA PIALA FA. UNDIAN AWAL.

Terbayang juga kalau tiba satu masa arena sukan ni menggunakan sistem undi melalui SMS bagi menentukan sesuatu keputusan. Bagaimana agaknya ye nanti?.

Hasil undian dalam entri sebelum ini DISINI: Nampaknya ramai PENYOKONG TERENGGANU yang memberi sokongan. Daripada ketiga-tiga KOMEN dari: NARDtheNERD , ZWAN SABRI dan Wanita Solehah.. semuanya menyokong pasukan Bola Sepak Terengganu yang bakal membawa pulang TROFI PIALA FA tu.

Mereka ramalkan yang TERENGGANU akan menguasai dan mengalahkan PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN nanti. Mana penyokong kelab lagi satu ni.. Mungkinkah masing-masing sedang menyiapkan diri di STADIUM dan tak sempat baca entry ni.

Apapun.. mana-mana PASUKAN yang bakal memenangi PIALA FA ni, tak kisahlah yang penting PERLAWANAN yang tidak mencetuskan kontroversi atau KEKECOHAN.

BAHANG MAKIN TERASA. PIALA FA.

Salam siaran kawan-kawan.
Hari yang indah ni buat apa? Cuti? Atau sedang bersiap sedia ke STADIUM untuk menyaksikan PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011 ni?. Atau bercadang menontonnya di rumah sahaja? Tapi masih menyediakan diri bagai nak menontonnya di STADIUM ye. Tapi kalau menonton di rumah tak FEEL La keseronokannya. Kecuali la menonton bersama sedozen kawan yang lain.
Maka, pasukan manakah yang bakal menjadi JUARA PIALA FA ni nanti. Adakah PASUKAN BOLA SEPAK TERENGGANU atau PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN yang bakal membawa pulang PIALA FA punya TROFI tu? Kawan-kawan rasa pasukan mana ye?
Kalau Cik JejariRuncing, pastilah sokong pasukan kesayangannya ye.. Peribadinya, neutral. Lebih suka tengok pada keputusan tu nanti. Bila dah tau PASUKAN BOLA SEPAK yang menjadi JUARA barula nak sokong.
Ura- ura dalam akhbar semalam katanya kedua- dua pasukan telah berpakat. Kalau macam tu KEHANGATANnya pasti PUDAR nanti. Apa yang penyokong atau PENONTON ni nak tengok adalah kekuatan peribadi sesebuah pasukan BOLA SEPAK itu . Barulah ada Feel gitu. Kalau perlawanan yang sudah diatur, akan jadi TIDAK KENTANGla kan.
Tertanya- tanya juga, kalau PENYOKONG bolasepak sesebuah pasukan tu, adakah beliau akan tonton jika pasukan lain yang beraksi? Atau hanya menonton pasukan pilihan sahaja? Ye ceroi, tonton Liverpool lawan je ke atau kalau MU lawan tengok gak?..
Tapi, kalau sorang yang betul betil GILABOLA mesti dia tonton semua perlawanan kan?..

Tahniah KFCM dan Elia Jejariruncing..


Mula -mula baca kat blog CikguDahlia.. Lepas tu bertandang sendiri ke blog si gadis yang telah menjadi tunangan jejaka bolasepak Malaya ni.. Elia kat jejariruncingdotblogspot.. Gambar ni pun diambil dari blog beliau. Betul kata DJ tu.. masa lepas si KFCM ni femes amous, Elia pun turut terkena tempiasnye.. Kakak Elia, Erin pun glamer juga!! Beruntung mereka.

Okela.. Sebelum apa-apa, nak ucapkan jutaan Tahniah pada mereka berdua. Dengan bertemakan Arabian, sangat cantik majlis yang diadakan. Sangat tertarik dengan rekaan kek yang menjadi hantaran pertunangan itu. Sorang dapat Apple Netbook, sorang dapat jersey.. Sangat unik kan?.. 

Semoga pertunangan ini membawa berkat dan tak sabar nak tengok mereka dijinjang pelamin kelak.. Kat mana agaknya majlis tu nanti?.. Stadium kot?.. Pasti yunik nanti. Sekarang ni macam macam konsep untuk majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan kan? Kagum dengan perunding majlis yang sentiasa ada idea segar dari ladang bagi konsep-konsep perkahwinan terkini kan..

HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V

HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V. Itulah yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianthan yang mahu semua pemainnya beraksi cemerlang merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru ditabalkan.

Menurutnya, peluang beraksi pada final kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka muncul juara dan membawa pulang piala paling berprestij ke Kota Bharu.

"Seluruh rakyat Kelantan gembira apabila menerima Sultan baru dan saya rasa kegembiraan tersebut mungkin lebih bermakna jika pasukan mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu. (kosmo online)


~semoga perlawanan ini nanti akan bebas dari insiden tidak diingini

fenomena wayne rooney, negeri 9, kelantan

akhirnya terjawab sudah team yang akan ke final. semoga perlawanan yang menarik akan dipertontonkan kepada peminat peminat..
antara negeri sembilan dan kelantan
~ manakah team pilihan anda?

vs



dan..
wayne rooney akhirnya setelah dipujuk ferguson..
akan stay dengan team manchester united..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...