Nak Souvenier best?

Showing posts with label insiden perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010. Show all posts
Showing posts with label insiden perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010. Show all posts

BAHANG MAKIN TERASA. PIALA FA.

Salam siaran kawan-kawan.
Hari yang indah ni buat apa? Cuti? Atau sedang bersiap sedia ke STADIUM untuk menyaksikan PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011 ni?. Atau bercadang menontonnya di rumah sahaja? Tapi masih menyediakan diri bagai nak menontonnya di STADIUM ye. Tapi kalau menonton di rumah tak FEEL La keseronokannya. Kecuali la menonton bersama sedozen kawan yang lain.
Maka, pasukan manakah yang bakal menjadi JUARA PIALA FA ni nanti. Adakah PASUKAN BOLA SEPAK TERENGGANU atau PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN yang bakal membawa pulang PIALA FA punya TROFI tu? Kawan-kawan rasa pasukan mana ye?
Kalau Cik JejariRuncing, pastilah sokong pasukan kesayangannya ye.. Peribadinya, neutral. Lebih suka tengok pada keputusan tu nanti. Bila dah tau PASUKAN BOLA SEPAK yang menjadi JUARA barula nak sokong.
Ura- ura dalam akhbar semalam katanya kedua- dua pasukan telah berpakat. Kalau macam tu KEHANGATANnya pasti PUDAR nanti. Apa yang penyokong atau PENONTON ni nak tengok adalah kekuatan peribadi sesebuah pasukan BOLA SEPAK itu . Barulah ada Feel gitu. Kalau perlawanan yang sudah diatur, akan jadi TIDAK KENTANGla kan.
Tertanya- tanya juga, kalau PENYOKONG bolasepak sesebuah pasukan tu, adakah beliau akan tonton jika pasukan lain yang beraksi? Atau hanya menonton pasukan pilihan sahaja? Ye ceroi, tonton Liverpool lawan je ke atau kalau MU lawan tengok gak?..
Tapi, kalau sorang yang betul betil GILABOLA mesti dia tonton semua perlawanan kan?..

Insiden Bola Sepak Indonesia Malaysia 0-1/ Piala Suzuki AFF2010

Tadi tidakle menumpukan perhatian sangat dengan perlawanan akhir bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia. Tetapi ada sesuatu yang mengganggu di tengah tengah perlawanan.

Bila tengok, dah tunjuk yang presiden FAM / Sultan Pahang dah turun padang. Kenapa ye?.. Rupa rupa nya perlawanan akhir bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia part one ni dihentikan seketika.

Penjelasan lanjut dari penonton luar stadium ni katanya ada sedikit kekecohan. Tidak tahu apa sebabnya terjadi kekecohan antara penyokong Malaysia dan Penyokong Indonesia. Mungkin agak serius juga sehingga insiden itu menyebabkan terhentinya perlawanan akhir bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia itu selama dua minit..

Bila dah nampak macam aman tadi perlawanan akhir bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia, diteruskan balik.. Mendengar hebahan Datuk Hasbullah Awang ni.. mendebarkan juga ye.. Rasa macam ada kat stadium.. Itulah keistimewaan Datuk Hasbullah Awang ni kan..

SEbaik dah start balik perlawanan akhir bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia tu.. makanya dengan tidak semena mena pasukan Malaysia berjaya Menyumbat gol pada minit ke berapa tah.. Harapnya perlawanan yang rancak ni takkan terganggu lagi.. Penyokong penyokong Malaysia dan Indonesia harapnya mempunyai semangat kesukanan dan setiakawan yang tinggi.. Tapi tetap sokong pasukan negara kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...