Nak Souvenier best?

Showing posts with label rahsia. Show all posts
Showing posts with label rahsia. Show all posts

Rahsia Kayu Kokka.

s: darulnuman.com



Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
  1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.
  13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.

WA.

WARDINA JADI PENULIS BUKU pulak.

~Tahniah Wardina Safiyyah.. Moga pengalaman yang berguna dicurahkan..
Bolehla buat koleksi bukunye nanti.

KUALA LUMPUR: Pengacara Wardina Safiyyah, 32, bakal menerbitkan dua buah buku terbaru tulisannya berjudul Mama, Saya Bosan dan Mama, Saya Nak Solat pada April ini.

Berkongsi sedikit tentang idea untuk menghasilkan buku Mama, Saya Nak Solat, Wardina lebih gemar mengambil contoh daripada perkembangan anak sulungnya, Amna Nafessa, 7.

“Alhamdulillah, Amna tidak pernah tinggal solat walaupun baru berusia tujuh tahun. Dia juga sudah mengenakan hijab. Melihat apa yang dilakukannya membuatkan saya rasa gembira kerana bukan mudah untuk mendidik anak-anak menjadi seorang muslim yang berkualiti.

“Seperti ibu bapa lain, saya juga mengimpikan anak-anak saya menjadi muslim yang bijak dan tidak meninggalkan solat,” jelasnya.

Mereka yang berminat untuk berkongsi masalah atau apa-apa perkara tentang anak-anak dialu-alukan menghantar pendapat atau soalan di laman web Facebook Wardina Safiyyah OfficialPage atau emel wardina.dina@gmail.com.

Wanita ini juga dalam perancangan untuk menubuhkan pusat untuk kanak-kanak belajar tentang nilai-nilai murni dan kemahiran berkomunikasi dengan publik pada tahun hadapan.


Kod Rahsia kawan-kawan..


Pernah tak kawan-kawan guna kod rahsia?.. Konon -konon nak menyembunyikan sesuatu maklumat. Biasanya antara geng-geng akan ada satu kod rahsia, yang mana hanya ahli geng yang boleh mentafsirkannya?..

Contoh macam gambar kat atas tu.. (diambil dari Yahoo- nota rahsia ini dijumpai dan mungkin boleh menyelesaikan misteri yang sedang disiasat FBI namun masih belum boleh ditafsirkan..- kalau kawan- kawan berminat boleh baca lanjut disini).

Dulu- dulu pun pernah juga cuba cipta kod sendiri. Lepas tu tulisla rahsia-rahsia kat buku- dengan harapan orang yang baca tu takkan faham.. Memang pun.. Dan akhirnya.. tukang yang tulis tu pun tak faham juga sebab dah lupa kod..

Kalau dalam percakapan pun ada juga kan.. jenis yang gune ff ke kk ke.. contoh.. sayur = safayurfur atau sakayurkur..
Haish.. Macam2 nostalgia..

SAYA MAHU TAHU RAHSIA DARI BLOG A.H.

A.H.?.. Apa tu?.. Abuya Hayat nama gelaran..Rahsia? Rahsia apa dari blog nya?.. Kawan- kawan sudah menjengah ke blog beliau?. Di link ini: http://slamberlah.blogspot.com/. Menarik bukan?..

Bagi yang belum pernah,silakanlah.

Sebenarnya, apa yang menarik minat sewaktu membaca blog tersebut adalah dari segi penulisan entry- entry di blog beliau. Meskipun baru 2 bulan(Iya ke?.. Macam tak percaya saja) dalam dunia blog, tapi, penulisannya mengagumkan. Mungkin telah biasa menulis sebelum ini..

Yang paling menarik hati adalah entrynya ditulis secara dwibahasa. Ya.. Kedua-dua bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dan susunan nya begitu teratur. Memang menarik sebab ini kali pertama menjumpai blog sebegini. Kalau kawan-kawan pembaca mengetahui blog lain yang mempunyai ciri sebegini, sudilah berkongsi link disini.

Menjadi persoalan atau rahsia ingin dicungkil adalah, bagaimana beliau mengarang entry dalam kedua-dua bahasa. Adakah menggunakan khidmat 'google translate' atau memang secara manual.. iaitu mengarang secara dua kali. Dan satu lagi, bagaimana susunan dibuat sebegitu rupa, sebelah menyebelah dengan setiap perenggan yang sama.. Menarik sekali!! Jadi setiap ayat yang dikarang tu memang boleh baca translasi sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris disebelahnya. Sangat menyenangkan juga.

Satu lagi, bila pula nak tambah untuk bahasa ketiga?.. Bahasa apa agaknya ye.. Arab?.. Korea?.. Jepun..

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

WikiLeaks Tu Apa Ye?

Semenjak kebelakangan ni selalu je ternampak, terdengar tentang WikiLeaks ni. Mula - mula tak berminat sangat. Kalau tengok dari perkataannya ala ala wikipedia. Jadi, hari ni dalam paper banyak kali pula disebutnya WikiLeaks ni. Untuk tidak menjadi seperti 'putera katak' (ala ala slot lagenda tv3) tu.. Berusaha la sikit untuk mencari apakebenda la WikiLeaks ni.. Bagi yang dah tahu, jangan gelakkan ye sebab yang tak tahu ni baru nak tahu..

Jadi, telah me'wikipedia'kan WikiLeaks itu dan hasilnya:

Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden[3] yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.[2] Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.[2] Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya.[4] Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.[

Baru la tahu sedikit sebanyak tentang WikiLeaks. Kenapa pula tiba tiba je WikiLeaks ni glamer?
Jom baca

Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.[6]Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama.[7][8] Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".[9]

Itu sahaja buat setakat ini (macam tulis surat pula..) At least, bila ada yang bertanya nanti, idokle hamba ni bak katak yang dinyatakan tadi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...