Nak Souvenier best?

Showing posts with label rahsia blog. Show all posts
Showing posts with label rahsia blog. Show all posts

Kod Rahsia kawan-kawan..


Pernah tak kawan-kawan guna kod rahsia?.. Konon -konon nak menyembunyikan sesuatu maklumat. Biasanya antara geng-geng akan ada satu kod rahsia, yang mana hanya ahli geng yang boleh mentafsirkannya?..

Contoh macam gambar kat atas tu.. (diambil dari Yahoo- nota rahsia ini dijumpai dan mungkin boleh menyelesaikan misteri yang sedang disiasat FBI namun masih belum boleh ditafsirkan..- kalau kawan- kawan berminat boleh baca lanjut disini).

Dulu- dulu pun pernah juga cuba cipta kod sendiri. Lepas tu tulisla rahsia-rahsia kat buku- dengan harapan orang yang baca tu takkan faham.. Memang pun.. Dan akhirnya.. tukang yang tulis tu pun tak faham juga sebab dah lupa kod..

Kalau dalam percakapan pun ada juga kan.. jenis yang gune ff ke kk ke.. contoh.. sayur = safayurfur atau sakayurkur..
Haish.. Macam2 nostalgia..

BEN ASHAARI : CINTA MONYETKU ../ Traffik Mencanak

BEN ASHAARI

Nasihat buat semua: JANGAN BERCINTA DENGAN MONYET (hehe.. lawak je)..
CINTAILAH YANG SATU maka cinta itu akan tersebar dengan sendirinya..

Entry ini bukan untuk join segmen sebab takde cerita nak diceritakan tentang cinta spesis monyet ni. Cuma bagi yang teringin nak kongsi cerita, bolehla klik banner tu.. Rugi tau tak join.. Boleh tambah kawan, boleh bagi nasihat dan boleh baca pengalaman orang lain..


Yang nak diceritakan: Haritu ada join segmen Ben Ashaari tau.. lepas tu tengok traffik mencanak canak naik.. Kagum sungguh.. Kalau tak percaya cube tengok graf tu.. Ha.. takke tebeliak mata tuan blog ALL IN ONE ni.. Terima kasih BA.. Senyum sampai telinga...


Apa lagi.. join le ye.. pastu tengok amacam.. klik banner tu

Tip Blogging dari DJ / BLOG Review By Cikgu Dahlia -(bukan Cikgu Shida ye)



Dear DJ

Terima Kasih tak terhingga kerana sudi komen blog ALL IN ONE ini. Tidak disangka blog cikai/ blogger kategori merah ini berjaya juga menempatkan diri untuk di review dalam projek DJ2B. Kali pertama blog direview oleh seseorang yang kira 'otai' dan berpengalaman iaitu Cikgu Dahlia.

Memang sejak awal lagi sign up dengan blog ni blog DJ adalah tempat untuk melepak-lepak. Mulanya sebagai 'silent reader'. Namun sekarang terasa 'sedikit berani' untuk blog ini dinilai. Dan hasilnya amatla memberangsangkan kerana banyak rupanya nasihat dan tip oleh DJ.

Antara tip yang diberikan:

  • Templat yang muram dan suram ( ni la templat sejak dari mula: tengah berusaha mencari yang lebih menarik:[ pernah cuba tapi blog jadi huru hara :(] thanks)
  • Perlu ada header yang menceriakan blog (bab ni memang kurang pandai.. ada orang nak tolong?)
  • Skroll panjang di blog; jadi pembaca kena skroll sehingga terlalu bawah (setuju dengan DJ)
  • Footer terlalu semak dengan award (ie banner tu: setuju jugak.. kena buang/atur dengan lebih baik)
  • Bahagian footer, letak beberapa column untuk bloglist.. (ok, akan belajar caranya)
  • Dari segi penulisan :Perlu guna huruf besar juga, Perlu buat perenggan juga (ok DJ, yang ni noted dan akan cuba perbaiki)

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
Yang Ikhlas:
Nur
(mood: happy kerana blognya direview oleh blogger otai! cuba cakap siapa yang tak happy bila blog anda di review otai?)

~direview dalam projek dj2b disini
Entry projek disini




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...