Nak Souvenier best?

kemarahan - ammarah

Apakah itu marah?
  • Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
  • Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
  • Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal

Apa yang berlaku apabila anda marah?

  • Degupan jantung meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek
  • Mengalami ketegangan otot-otot
  • Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas

Bagaimana perasaan marah timbul?
Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda. Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam. Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.

Kenapa anda merasa marah?
Anda terasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang anda benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana. Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah yang lebih teruk. Contoh: Hadir lewat ke sekolah sudah amat meresahkan dan membimbangkan, apatah lagi terkandas di dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan kelewatan hadir di sekolah akan menambahkan lagi tahap kemarahan. Memburukkan lagi keadaan, bayangkanlah anda terlewat untuk menduduki peperiksaan. Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah anda. Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak rasional.

Apakah kebiasaan punca kemarahan?

  • Dicederakan
  • Ditipu
  • Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan
  • Terbiar tanpa diendahkan
  • Hilang upaya mengawal
  • Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan

Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?
3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:

  • Meluahkannya
  • Menahannya
  • Menenangkan diri

Bagaimana anda meluahkannya?
Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan. Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasai sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.

Bagaimana anda menahannya?
Anda boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan pemerhatian anda terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina. Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?
Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:

  • Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
  • Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan
  • Kendurkan atau legakan otot-otot anda
  • Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina
  • Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
  • Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
  • Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda
~infosihat

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...