Nak Souvenier best?

Nak Makan Ikan Bakar Sedap..

2 ekor anak ikan pari
daun pisang (secukupnya)
10 helai daun limau purut dihiris halus

200gr cili hidup merah
100gr lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
kicap manis secukup rasa
garam
serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya

Cara caranya,
Bersihkan ikan atau makanan laut dan ketepikan. Kisar cili hidup merah dan cili kering yang telah di rendam air panas. Kisar bawang besar, bawang putih, halia muda berasingan.

Panaskan minyak dan tumis cili yang dikisar sahaja dahulu, campurkan dengan sedikit sahaja daun likmau purut yang telah di hiris. Setelah cili garing masukkan bahan bawang dan halia yang telah dikisar juga. Tumislah sehingga terbit minyak. Setelah terbit minyak dan baunya bangkit masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan lebihan daun limau purut yang dihiris halus.Perahkan jus limau kasturi sebelum tutupkan api.

Ikan atau makanan laut tadi dibakar setengah masak dahulu. Alas kuali dengan daun pisang dan bubuhkan separuh dari sambal tadi dan letak ikan atau makanan laut tadi dan siramkan lebihan sambal lagi. Tanak diatas api dan biarkan ikan atau makanan laut tadi masak.

Enak dimakan bersama nasi yang hangat

~Resepi dari mesra.net..

7 comments:

Unknown said...

wah sedap ni....ikan bakar my fav ni..:)

cacing said...

meleleh air liur cacing macam ni...

QERY HASAN said...

yummyyyy.... baca resepi pun dh boleh byangkan hasilnya nnti...

s.y.a.r.q said...

wah...bagus resepi takde belacan....sbb org x leh mkn belacan :) boleh try ni

ardinihumaira said...

pergh kecur air liur tengok resipi sebab skang ni tengah berselera nak makan tapi malas masak hehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

lapooo...

Doctors in India said...

Amazing amount of great, actionable advice. I will keep coming back to this for a while to try and implement many of these! Thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...