Nak Souvenier best?

Tak Pernah Demam!!

KUCHING – Jabatan Kesihatan Sarawak akan memantau jumlah kes Influenza A (H1N1) Justify Fulldi 23 klinik sentinel di seluruh negeri ini, lebih-lebih lagi dengan jangkaan pergerakan besar-besaran orang ramai sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan berkata, sebanyak 44 kes yang telah disahkan dilaporkan setakat semalam.

"Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan pandemik Influenza A H1N1 telah berakhir, trend kes penyakit serupa Influenza (ILI) dilaporkan meningkat sejak dua minggu terakhir tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri menasihatkan orang ramai yang mengalami simptom Influenza, khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan yang mempunyai faktor risiko tinggi supaya segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital.

Juga penting bagi kalangan yang mengendalikan kawasan awam seperti kedai makan, kedai kopi, pasar dan pusat beli-belah memastikan mereka meningkatkan tahap kebersihan, termasuk tandas dan sinki basuh tangan untuk mengelak premis mereka menjadi tempat punca penyebaran penyakit itu, katanya. - Bernama

~Tipula tak pernah demam kan.. Pasti pernah.. at least sekali atau berkali kali... Semiggu dua ni memang tengah musim demam ke?...

3 comments:

Mat Sabu said...

Btoi2...mesti penah demam

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pasti pernah...

Doctors in India said...

Amazing amount of great, actionable advice. I will keep coming back to this for a while to try and implement many of these! Thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...