~Yang paling glamer ialah tuna dan ikan sardin la kan..
Kita mungkin kekurangan bahan-bahan segar seperti ikan dan sayur-sayuran di rumah, tetapi adakala penyediaan makan malam menjadi tidak menarik apabila memikirkan perlunya untuk memotong, menghiris makanan serta membasuh pinggan-mangkuk yang kotor, sedangkan apa yang kita inginkan adalah untuk duduk di hadapan peti televisyen dan beristirahat.
Sebelum anda mengangkat telefon untuk memesan penghantaran makanan segera, cuba pertimbangkan makanan bertin sebagai pilihan yang lebih sihat, lebih mudah, lebih pantas dan juga lebih menyelerakan.
Mulakan dengan membaca label pada makanan bertin apabila anda membeli-belah dan bandingkan harga dengan makanan segar kerana adakala makanan bertin lebih murah dan tahan lebih lama daripada makanan segar.
Oleh kerana proses pengetinan melibatkan pemanasan makanan pada suhu yang tinggi, makanan bertin lebih cepat untuk dimasak dan ada juga yang boleh dimakan terus dari tin!
5 comments:
Sardin, buat sandwich pun sedap.
btl tu....yang ptg shat.....
er...er...tak sanggup la pulak...
Kalau anak kakak tuna pun dia sapu atas biskut krekes.
tuna dgn roti gardenia lunch paling mudah mumme di tempat kerja...
Post a Comment