WAJAH yang halus dan gebu tanpa kehadiran jerawat dan liang pori yang besar menjadi idaman ramai wanita sekali gus membuatkan penampilan bertambah yakin serta sempurna.
Amalan penjagaan wajah yang betul dan penggunaan produk bersesuaian dengan jenis kulit pasti memberi kesan diingini berbanding mereka yang malas dan tidak berdisiplin.
Bertambah buruk apabila faktor lain seperti gaya hidup, alam sekitar dan tekanan mempengaruhi kehidupan selain perubahan hormon yang memburukkan lagi keadaan kulit.
Walaupun kulit mengalami perubahan secara semula jadi apabila menjengah usia remaja dan berterusan sehingga memasuki usia matang, pelbagai masalah timbul jika ia tidak dijaga dengan baik.
Walaupun kulit mengalami perubahan secara semula jadi apabila menjengah usia remaja dan berterusan sehingga memasuki usia matang, pelbagai masalah timbul jika ia tidak dijaga dengan baik.
Ini termasuk masalah pori terbuka. Seseorang itu mempunyai lebih 300,000 liang pori pada wajah dan apabila usia menjengah 25 hingga 50 tahun, saiznya menjadi dua kali ganda lebih besar.-metro-
3 comments:
xde3 masalah pori....cuma masalah kusam....huhuhu....
done follow your blog
follow me back at... http://sembangmalaysia.blogspot.com/
Post a Comment