Nak Souvenier best?

Mati Sebab Tekanan Kerja?

Mati Sebab Tekanan Kerja?



Secara global, dianggarkan seramai 2.5 juta manusia telah membunuh diri kerana kerja dan 60 peratus daripada kes membunuh diri berlaku di Asia.
Di Jepun sahaja, yang terkenal dengan simptom karoshi (kematian akibat terlalu teruk bekerja), dianggarkan 10,000 pekerja mati kerana pekerjaan setiap tahun.
Trend itu nampaknya sedang merebak ke beberapa negara lain di Asia. Semua ini bermula dengan jumlah masa bekerja yang mencapai tahap optimum. Mereka mengalami burnout dan kemurungan teruk yang kemudiannya memaksa mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.
Sebenarnya, negara kita juga sedang menghadapi masalah yang sama. Laporan Kementerian Kesihatan misalnya menunjukkan kadar prevalen kemurungan dalam kalangan golongan dewasa mencapai 1.8 peratus.
Walaupun ia mungkin diakibatkan oleh pelbagai sebab, tetapi salah satunya mungkin berpunca oleh pekerjaan.
Malangnya, dalam konteks budaya kita, aspek kesihatan psikologikal ini tidak dianggap sebagai isu besar.

7 comments:

kemei said...

Kena semangat yg kuat utk krja......jauhkn lh dr prkra yg x diingini?..

Sabella Mohamad said...

bahaya tu . tapi didorong jugak sebab kurangnya ilmu agama . org islam yg sebenarnya takkan buat kerja bodoh macam tu :)

ZWAN SABRI said...

mental dan fizikal kena kuat.. tambah2 klaw keja kat jepuniaitu negeri yang begitu teliti aspek kualiti..

MumMe said...

kerja utk hidup,bukan hidup utk kerja...

MalizaMah said...

hakikat ramai murung erk.. so kena lah ceriakan hari2 yg berlalu. stress kerja cuba diatasi dgn sebaik mgkin.

HeNRieTTa JoSe said...

oooo dasat kan...moga xterjadi la disini....huhuhu....dear boss....u stressed me out....

Anonymous said...

aduhai takut lah membaca statement mcm ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...