Nak Souvenier best?

Showing posts with label Episod Akhir. Show all posts
Showing posts with label Episod Akhir. Show all posts

Episod Akhir Nada Cinta.

Episod Akhir Nada Cinta.

Dengan jumlah episod sebanyak 244, Cerita NADA CINTA ni menjadi tumpuan penonton yang meminati Sinetron dari Seberang. Panjang betul episod NADA CINTA ni. Nur pernah le menonton sehingga beberapa episod dulu, lepas tu dah tak kuasa melayan. Meleret leret ceritanya.

Kalau kat Malaysia ni, drama Sembilu arahan Yusof Haslam le yang berjaya setaraf dengan sinetron seberang ni. Maklumle, sapai beratus episod juga cerita tu. 

Bila Nur google Episod Akhir Nada Cinta ni, direct ke blog nurizspace yang terkenal tu. Kesimpulannya memang happy ending la semuanya dalam episod akhir nada cinta tu. Sekarang ni nur tengah tunggu episod akhir white lies- drama korea. Ada kawan-kawan yang follow tak?

http://nurizspace.com/2011/12/episod-akhir-nada-cinta-244-finale-nada-cinta.html


NORA ELENA: EPISOD AKHIR DI TV3.. Sat Lagi.

Ya Betul tu kawan-kawan. Bagi yang mengikuti rancangan atau Drama NORA ELENA ni, pasti ramai yang dah tahu tentang episod terakhirnya pada hari ini. Jam 7 Nanti, pastikan yang berminat itu TIDAK KETINGGALAN ye. Atau ada yang pasti tak dapat tonton nanti?.. Jadi macamana tu.. Dah start tengok dari EPISOD SATU tiba- tiba tak dapat nak menonton EPISOD AKHIR ni nanti.

Jangan risau kerana ada yang akan bercerita nanti. Dan boleh juga tonton secara online siaran tertunda tu. Bagi yang tak kenal pun siapa NORA ELENA ni, sila RUJUK SINI. Tetapi adakah keseronokan menonton secara 'live' tu sama dengan menonton yang terkemudian?.. Pasti sedikit berbeza ya. Setuju tak kawan- kawan.

Jadi, apakah EPISOD AKHIR ni akan membawa berita gembira kepada PEMINAT-PEMINAT atau FOLLOWERS cerita ni nanti?.. Adakah KESUDAHAN EPISOD NORA ELENA ini sama dengan isi kandungan NOVEL KASIH YANG SUCI tu nanti?.. Macam-macam pendapat yang didengari dari teman-teman dan rakan taulan. Masing-masing mahukan cara pengakhiran tersendiri. Ramai juga yang tidak kurang kreatifnya.. Kalau dicungkil, ramai yang boleh menjadi pengarah FILEM nanti..

Mana tau boleh jadi macam pengarah filem KONGSI ke KLGANGSTER ke atau KARAK(seram betul bila disiarkan dalam 360 tentang kisah sebenar lebuhraya..)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...