Nak Souvenier best?

Showing posts with label London. Show all posts
Showing posts with label London. Show all posts

Resepi Almond London.

Dapat dari myresepi.
nak copy n paste kat sini.
senang nak wat rujukan di lain masa..

sapa nak try?
Jom cuba..

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

SELAMAT BERJAYA..


London: Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad melepasi ranjau apabila menewaskan pemanah dari China, Xing Yu untuk gah layak ke pusingan ketiga dalam acara memanah individu, semalam. 

Khairul Anuar yang dianggap pemanah terbaik negara pada ranking ke-20 semasa penentuan ranking berjaya menjinakkan pemain China yang berada dalam ranking ke-13 Olimpik itu, 6-5. 
Sebelum itu, dalam pusingan pertama dia menewaskan rakan senegaranya, Cheng Chu Sian, 6-4. 
Melalui kemenangan itu, bermakna Malaysia hanya mempunyai seorang wakil lelaki untuk meneruskan pemburuan pingat dalam acara memanah selepas Chu Sian dan Haziq Kamaruddin tersingkir.

SELAMAT BERJAYA.

Olympics 2012: Malaysia.

Olympics 2012: Malaysia.

Dah beberapa hari Game Olympic 2012 berlangsung di Kota London, GBR. Sempat juga tengok opening Olympics 2012 di internet- live. Tapi halfway ajala.. Lepas tu tengok kat youtube saja..

Rupa-rupanya pada malam tu ada disiar kat tv pula opening Olympics 2012 tu. Penat je tengok kat youtube.. Sekarang ni timbul 'isu' tentang opening olympics tu. Bermacam kontroversi dan interpretasi yang timbul sejak itu. Mana yang tahu.. tahula.. mana yang tak tahu.. dan nak tahu.. kena la cari sendiri kan.. Dunia internet ni kan luas.. tanpa sempadan.

Yang paling menyentuh hati adalah tentang atlet menembak, suryani tu. Begitu tabah membawa harapan Malaysia ke Olympics 2012. Namun nak buat macamana.. Bukan rezeki beliau.. Dengan sarat mengandung 8 bulan tu, tetap juga beliau nak menyumbang untuk Malaysia.. 

Kita ada ke nak menyumbang untuk negara kita ni?
Paling tidak pun.. menyumbang untuk menjadikan negara kita ni sentiasa aman makmur.. jangan timbul huru hara.. (haih- semangat kebangsaan..)

Video Klip Asyraf Haziq di serang..

KAWAN KAWAN ADA TENGOK KE VIDEO KLIP NI YE?..

LONDON - Klip video YouTube mengenai serangan kejam dan kejadian samun ke atas seorang pelajar Malaysia, Mohd. Asyraf Haziq Rossli (gambar kecil) di Barking, East London, telah ditonton hampir tiga juta orang, menurut sumber-sumber pemantauan British.

Ini adalah klip video single mengenai rusuhan dan rampasan di London dan di bandar raya lain di Britain.

"Cakap-cakap mengenai serangan kejam terhadap pelajar Malaysia itu telah tersebar luas yang hampir semua yang saya tahu, mahu melihat klip itu di YouTube. Orang ramai bersimpati dengan nasib pelajar itu dan ketabahannya," kata Percy Higgins, ahli kimia di London dalam temu bual melalui telefon dengan Bernama.

Asyraf, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, yang telah keluar dari Royal London Hospital selepas pembedahan berkata kepada wartawan bahawa beliau tidak ada perasaan dendam atau sakit hati dengan rakyat Britain.

Katanya, beliau akan meneruskan pengajiannya di London kerana itulah tujuannya datang ke Britain, walaupun ibu bapa Asyraf menggesa anaknya itu untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan pelajarannya di sana.

Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang telah menonton filem itu, mengutuk serangan tersebut dan menyifatkan ia perlakuan yang memalukan.

Duduk Rumah Saja, Duit Masuk.. Lumayan

** ALL IN ONE mendapat emel ini: Berikut adalah keratan sebahagian darinya.. Nak percaya ke taknak..Banyak tu untung nya.. Boleh rambang mata camni.. Terbayang $$$ saja.. Serbasalah ni.. Nak caya ke tak nak? Nak ke tak nak? Atau ada ke antara kawan kawan yang dah join..

"Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...