Nak Souvenier best?

Showing posts with label atlit. Show all posts
Showing posts with label atlit. Show all posts

Pantasnye...


~Tak pernah lepas acara pecut.. asyik semput aje dolu dolu.. hehe..
Kata orang kalau atlet ni awet muda..
LONDON - Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt mengesahkan statusnya selaku pelari terhebat sepanjang zaman selepas berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara 100 meter lelaki pada Sukan Olimpik 2012.
Pada aksi di Stadium Olimpik di sini awal pagi semalam, pemegang rekod dunia itu melonjak ke hadapan selepas melepasi jarak 60 meter untuk mencatat masa 9.63 saat, catatan kedua terpantas dalam sejarah.
Catatan masa Bolt, 25, itu sedi- kit perlahan berbanding rekod dunia 9.58s yang diciptanya pada tahun 2009. Dia turut memperba- harui rekod Olimpik selepas mencatat masa 9.69 di Beijing, China empat tahun lalu.
Kejayaan Bolt itu turut menu- tup mulut pengkritik selepas dia dikalahkan oleh rakan sepelatihnya, Yohan Blake pada sesi pemilihan atlet Jamaica ke temasya kali ini.
"Saya telah melaksanakan dan ia adalah kunci kejayaan ini," kata Bolt yang mengumpul empat pingat emas pada Sukan Olimpik.
"Apabila tiba hari kejohanan, saya perlu melaksanakan tugas tersebut dan ternyata saya berjaya melakukannya.
"Saya berasa sangat baik dan gembira."

Olympics 2012: Malaysia.

Olympics 2012: Malaysia.

Dah beberapa hari Game Olympic 2012 berlangsung di Kota London, GBR. Sempat juga tengok opening Olympics 2012 di internet- live. Tapi halfway ajala.. Lepas tu tengok kat youtube saja..

Rupa-rupanya pada malam tu ada disiar kat tv pula opening Olympics 2012 tu. Penat je tengok kat youtube.. Sekarang ni timbul 'isu' tentang opening olympics tu. Bermacam kontroversi dan interpretasi yang timbul sejak itu. Mana yang tahu.. tahula.. mana yang tak tahu.. dan nak tahu.. kena la cari sendiri kan.. Dunia internet ni kan luas.. tanpa sempadan.

Yang paling menyentuh hati adalah tentang atlet menembak, suryani tu. Begitu tabah membawa harapan Malaysia ke Olympics 2012. Namun nak buat macamana.. Bukan rezeki beliau.. Dengan sarat mengandung 8 bulan tu, tetap juga beliau nak menyumbang untuk Malaysia.. 

Kita ada ke nak menyumbang untuk negara kita ni?
Paling tidak pun.. menyumbang untuk menjadikan negara kita ni sentiasa aman makmur.. jangan timbul huru hara.. (haih- semangat kebangsaan..)

MAIN 6 JAM.. FUYOHH

~KITA YANG NAK BERSENAM 30 MINIT PUN DAH PANCIT.. MEMANG HEBATLE DIORANG DUA ORANG NI..

Djokovic mengatasi pemain Sepanyol itu dalam pertarungan lima set, perlawanan akhir paling lama dalam sejarah grand slam, 5 jam 53 minit bagi menempatkan namanya sebagai pemain kelima yang berjaya merangkul tiga gelaran grand slam berturut-turut.

“Anda dalam kesakitan, anda dalam derita, anda tahu anda perlu mencuba menggerakkan kaki anda, anda cuba untuk meraih mata, hanya satu mata dan satu permainan lagi,” katanya.
“Anda terlalu sakit dengan jari kaki berdarah. Situasi amat teruk tapi anda cuba menikmati kesakitan itu.” Pemain berusia 24 tahun itu berkata, kemenangan di Wimbledon tahun lalu istimewa tapi kemenangan di Melbourne lebih istimewa.

“Perlawanan ini yang terbaik kerana kami bermain hampir enam jam dan ia menakjubkan,” katanya.

BELANJAWAN 2012.

KHAS UNTUK SUKAN?..
BACA DULU..

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berharap peruntukan Belan- jawan 2012 dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Ia bagi memastikan usaha bagi mempromosi 'Sukan Untuk Semua' dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, sudah tiba masa untuk pihak kementerian mengubah cara peruntukan tersebut dibelanjakan tahun depan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Kita sangat berharap peruntukan yang disediakan dapat terus merangsang usaha mempromosi 'Sukan Untuk Semua'," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Sains Sukan dan Rekreasi 2011 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama KBS di Petaling Jaya semalam.
Persidangan tiga hari yang bermula semalam bertajuk Perkongsian Strategik melalui Wacana Pelbagai Disiplin (Strategic Partnership through Multidisciplinary Discourse) membincangkan isu berkaitan sukan dan peranannya dalam dunia hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Razali berkata, terdapat tiga perkara (3A's) yang harus diberi perhatian dalam usaha menimbulkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan terhadap rakyat di negara ini iaitu awareness (kesedaran), availability (kebolehsediaan), dan accessibility (mudah didatangi).
"Perkara pertama (awareness) perlu ada untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang masalah obesiti semakin menjadi-jadi di negara ini dan bagaimana ia boleh men- datangkan kemudaratan jika tidak timbul kesedaran," katanya.

"Availability ialah kemudahan untuk mendapatkan peralatan sukan serta harga yang berpatutan untuk rakyat.
"Manakala Accesibility iaitu lokasi pembinaan tempat senaman haruslah di lokasi yang bersesuaian serta terdapat akses pengangkutan yang selamat untuk pengguna," katanya. - Bernama

APA HARAPAN KAWAN-KAWAN?

rm300,000? banyak tu...

~kagum dengan sikap datuk LCW ni.. harap- harap kalau kita jadi jutawan nanti dapatla contohi dia kan..


Chong Wei Derma Lebih RM300,000 Kepada Yakeb Sejak Dua Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memberi sumbangan lebih RM300,000 kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) sejak dua tahun lepas dalam usahanya membantu kebajikan bekas atlet-atlet negara.

Chong Wei berkata sebanyak 50 peratus daripada pendapatannya yang diperoleh melalui sumbangan kerajaan dan badan korporat diasingkan untuk disalur kepada Tabung Kebajikan Atlet Yakeb.

"Tahun lepas saya telah memenangi tujuh kejohanan besar. Ini ditambah lagi dengan lapan kemenangan termasuk di temasya Sukan Komanwel di New Delhi dan saya tidak lupa untuk menyalurkannya kepada Tabung Kebajikan Atlet Yakeb.

"Jika kita berkemampuan, kita jangan lupa jasa atlet terdahulu kerana jika kita bersara daripada bidang sukan nanti, mungkin akan ada orang lain bantu kita bila dalam kesusahan," katanya kepada pemberita, di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...