Gambar Fasha Sanda Hamil.
Tengok Tak Buletin Utama tv3. Berita Budak Kena Langgar.
Belum tonton sendiri.
Konon taknak tengok.
Tapi dah siar kat BULETIN UTAMA TV3 tadi.
BUDAK KECIL DILANGGAR DI CHINA.
Tiada yang pedulikan.
Sehingga 18 orang yang lalu lalang.
Tidak endah langsung.
Cuba kalau kat Malaysia ni.
Pantang ada Accident je, sudah tentu jam teruk!
Geram plak rasa.
Layan #CINTA ELYSSA dulu.
Sedap pula nama Lyssa ni kan?
Cinta Elysa TV3.
Johan makin popular
Johan yang merupakan bekas pelajar sekolah pondok di Pesantren As-Syhada, Jambi, Indonesia dalam pengajian hafazan al-Quran itu bersyukur selepas berlakon drama Juvana, rezekinya dalam bidang lakonan kini datang mencurah-curah.
Bahkan tawaran yang datang kebanyakannya daripada syarikat penerbitan drama popular. Sebelum berlakon dalam drama Juvana, Johan terlebih dahulu berlakon dalam sebuah drama berjudul Penunggu Gunung Raya.
“Kiranya Juvana merupakan drama kedua saya. Alhamdulillah, rezeki saya ada dalam bidang ini. Kalau nak ikutkan saya terlalu baharu dalam bidang lakonan, pengalaman saya pun baru setahun sahaja,” katanya yang mendapat sokongan keluarga untuk berlakon.
Bercakap mengenai populariti, tegas Johan dia hanya mencuba dalam bidang lakonan kerana minat dan tidak menyangka namanya pantas meniti di bibir peminat gara-gara watak Botak dalam Juvana.
“Semasa Juvana mula-mula disiarkan saya tidak sangka langsung yang drama ini popular tetapi apabila ia semakin sampai ke penghujungnya, bila saya keluar rumah orang mula panggil saya Botak.
“Saya terkejut apabila orang ingin ambil gambar dengan saya, tetapi saya masih cuba menyesuaikan diri dengan perubahan kehidupan saya perlahan-lahan.
TWITTER FASHA SANDHA.. twitter IQRAM ZUBIR? BERITA HARIAN..
Penting atau tidak followers bagi sesuatu twitter tu?.. Tengok tujuan apa la kan sesebuah akaun Twitter. Kalau untuk perniagaan , memang bagusla sebab boleh dekati lebih ramai pelanggan. Macam contohnya.. Twitter Irma Hasmi.. Kebanyakannya dia kerap promosikan jubahnya di twitter. Ada tak antara kawan kawan dah memiliki koleksi jubah Irma Hasmi ni?.. ( promoter tak berbayar ni: harap maklum)...
Tetiba teringat akan bulan Rejab yang dah nak ke penghujung.. Bulan Syabaan dah nak berkunjung.. Ramadhan di anjung.. Amalan dah sedia untuk dikendong? Melalui bulan2 istimewa yang disanjung?(dush.. Keluar topik)
Fasha Sandha dan percintaan.
KISAH percintaan pelakon jelita Fasha Sandha sering dilanda gelora. Pernah menjalinkan hubungan cinta penuh sensasi dengan Rizal Ashram Ramli atau nama ringkasnya, Jejai, namun ikatan itu sudah putus pada Januari tahun ini.
Namun, desas-desus dan khabar angin di Internet menyatakan bahawa pelakon drama Chinta itu kini kembali berbaik semula dengan bekas suami pelakon comel, Nora Danish itu.
Walau sering dilanda kontroversi, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu masih mampu memenangi hati peminatya apabila menewaskan pelakon jelita lain termasuklah Lisa Surihani, Tiz Zaqiah, Scha Alyahya dan Noorkhiriah dalam undian sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010.