Nak Souvenier best?

Showing posts with label Jejai dan Fasha Sandha. Show all posts
Showing posts with label Jejai dan Fasha Sandha. Show all posts

Gambar Fasha Sanda Hamil.



Fasha Sandha
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha mula alah kepada ubat gigi selepas hamil hampir tiga bulan.
Fasha, 28, berkata, walaupun alah terhadap bahan tersebut tetapi dia terpaksa bertahan kerana tidak berasa selesa jika tidak menggosok gigi setiap hari.
"Kalau muntah-muntah pada waktu pagi itu biasa tetapi sekarang mula alah pada ubat gigi.
"Bagaimanapun saya terpaksa tahan kerana kita memang perlu memberus gigi setiap hari," ujarnya selepas ditemui pada pelancaran drama Runtun Qalbu di sini pada Isnin.


~Inilah gambar terbaru Fasha Sanda yang tengah hamil. Katanya alah kepada ubat gigi sekarang ni. Semoga beliau dan kandungan nya akan sihat. Alahan ni memang biasa la kan menyerang ibu ibu mengandung. Cuma berbeza pada setiap individu. Kadang ada yang tak kena alahan hamil langsung. Tak kurang juga yang melampau lampau..

Ada juga yang jenis si suami yang dapat alahan hamil tu.

pastila Fasha ni teruja amat untuk dapat anak sulung tu ye..

Fasha Sandha dan percintaan.

~Bila agaknya si Jelita ni nak menamatkan zaman bujang trang tang tang nya..

KISAH percintaan pelakon jelita Fasha Sandha sering dilanda gelora. Pernah menjalinkan hubungan cinta penuh sensasi dengan Rizal Ashram Ramli atau nama ringkasnya, Jejai, namun ikatan itu sudah putus pada Januari tahun ini.

Namun, desas-desus dan khabar angin di Internet menyatakan bahawa pelakon drama Chinta itu kini kembali berbaik semula dengan bekas suami pelakon comel, Nora Danish itu.

Walau sering dilanda kontroversi, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu masih mampu memenangi hati peminatya apabila menewaskan pelakon jelita lain termasuklah Lisa Surihani, Tiz Zaqiah, Scha Alyahya dan Noorkhiriah dalam undian sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010.

Hubungan Berakhir: Jejai dan Fasha Sandha.

KUALA LUMPUR: “Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya.

“Sejak dia (Jejai) pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua,” kata Fasha yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Ditanya mengapa Jejai tidak lagi menghubunginya sejak pulang dari Jepun memandangkan sebelum ini Fasha pernah mengeluarkan kenyataan masih bahagia sewaktu mengulas gambar kontroversinya berbikini di Bali sebelum ini, aktres berusia 27 tahun ini hanya selesa untuk tidak mengulas lanjut.

“Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. Saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah, sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya.

“Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Samson Delaila.

Mengulas gosip kononnya bekas isteri Jejai, Nora Danish dikatakan punca hubungan mereka berantakan, Fasha tidak mahu mengulas lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...