Nak Souvenier best?

Showing posts with label kaya dengan merokok. Show all posts
Showing posts with label kaya dengan merokok. Show all posts

MARI MEROKOK!!

kosmo:
KALAU KEMPEN MARI MEROKOK DENGAN KEMPEN TAKNAK MEROKOK, MANA LEBIH BERKESAN YE?..


ANTARA imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini.



PUTRAJAYA - Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.
Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.
"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.
Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009.

kaya dengan merokok?

~ harga rokok dah naik..
adakah dengan naiknya harga ni perokok akan berhenti merokok?
mungkin tidak..
walaupun banyak tips2 untuk berhenti merokok
seperti
-mengunyah gula-gula getah
-makan buah epal
-minum air
-melengahkan masa untuk merokok
-bersolat
dan macam macam lagi yang boleh kita fikir (masa bulan puasa boleh pula tahan ye)

sebenarnya titik tolak untuk berubah adalah diri kita sendiri. kalau kita nak paksa abang, suami meski ayah sendiri untuk berhenti- sememangnya payah jika dia sendiri tak nak berubah. cuma kita boleh memberi sokongan dan tips-tips macam kat atas..

dan satu lagi pendekatan adalah bandingkan dengan harga rokok tu..
sediakan tabung..
katakan sehari sekotak rokok= rm9.oo
kalau seminggu x7=rm 63
sebulan x30= rm270
lumayan kan?.. so setiap kali beli rokok.. jumlah duit yg sama masukkan dalam tabung tu.. lepas sebulan tengok hasilnya.. boleh kalah pendapatan dari nuffnang- hehe..
~selamat beramal


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...