Nak Souvenier best?

Showing posts with label makanan ruji. Show all posts
Showing posts with label makanan ruji. Show all posts

Awal sangat ke breakfast? MENU 1MALAYSIA.

Awal sangat ke breakfast?


Jom breakfast MENU RAKYAT 1MALAYSIA..
Murah pun murah kan?
Hanya di restoren terpilih je ada MENU 1MALAYSIA ni kan..

Meskipun HARGA GULA DIJANGKA MENINGKAT.. tapi harga makanan belum naik lagi kan..
Atau kat tempat kawan-kawan dah naik harga?
Banyak ke kenaikan harga tu?

Ni la kesan dari PEMBENTANGAN BAJET 2013: bila subsidi gula dikurangkan.. harganya mestila meningkat.. Walaupun hanya 20sen, tapi impaknya besar!..

Setuju..?

Kayu Nasi Kandar SS2- bagi makan FREE .

~jom serbu..
TAHNIAH DLCW.


PETALING JAYA: Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar tetap menyediakan makanan percuma walaupun pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya meraih pingat perak dalam perlawanan akhir perseorangan di Sukan Olimpik 2012 di London.
Pengusahanya, Burhan Mohamaed berkata, beliau masih lagi menyediakan hidangan percuma pada Isnin dari pukul 7 petang sehingga 10 malam di cawangannya di SS2 di sini kerana Chong Wei telah membanggakan Malaysia.
“Dia (Chong Wei) masih lagi hero kita. Dia masih lagi jaguh kita,” kata Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar pada Ahad.
“Bukan sesuatu yang malu meraih pingat perak Olimpik. Dia telah berusaha dengan sehabis baik. Saya akan teruskan dengan rancangan untuk memberi makanan percuma kepada para pelanggan saya sebagai tanda penghargaan dan inspirasi untuk Lee Chong Wei.”
Para pelanggan akan diberikan set hidangan berserta minuman kordial.
Terdahulu, restoran tersebut berhasrat untuk memberikan makanan malam secara percuma di salah satu cawangan restorannya sekiranya Chong Wei memenangi pingat emas.
Burhan menambah, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia perlu merasai seperti mana yang dirasainya.

LUNCH KAMU MEWAH HARINI?

Tempat makan eksklusif.
berhawa dingin.
Nyaman.

Nasi putih.
Panas ..
Penuh satu pinggan .
Lauk cukup menyelerakan.
Ayam
ikan
udang.
pelbagai cara masakan.

ice blended...

... tiba tiba teringat..
kanak kanak di Afrika..
badan kurus
perut buncit..
tiada makanan...

Terfikir-fikir nak breakfast APA?

Kawan-kawan breakfast apa harini?.. Pagi yang indah ni.. Bangunla menikmatinya.. Jangan sambung tidur. kecuali bagi yang baru nak tidur tu..

APA menu breakfast pagi ni ye?
Adakah
  • Nasi lemak
  • Nasi Ayam
  • Nasi Minyak
  • Nasi Kerabu

  • Roti Canai
  • Roti Tisu
  • Roti Naan

Erk apa lagi..
atau Roti Sandwich?..

Sila pilih mana yang berkenan.. cari dan makan sendiri la ye kawan-kawan.

~Breakfast ni penting sebab ia meningkatkan metabolisme tubuh kita..

Breakfast Dengan Maggi?..

Best pergi melangut kat blog ni.. Macam macam ada.. Siap maggie kari pun ada juga..

Orang kata sharing is caring. for that, mana2 pihak yg tak berkenan dengan entry aku atau apa² je yg telah di write down here n korang rasa tak bekenan a.k.a menyampah gitu, minta maaf byk² la ye, ini blog aku, ayat2 yg digunapakai mungkin tdk sesedap rasa maggie kari, tp itulah aku.(^_*) toink²!!: http://www.yatieowners.blogspot.com/
Kawan-kawan suke makan maggie tak?.. Maggie tu apa?.. Makanan ruji ke?.. Makanan ruji tu apa pula.. Ada tak yang tak pernah sekalipun menjamah maggi?..

Elok ke makan maggi ni?. Kalau dah terdesak (esp student la kan/ kadang orang yang dah kerja tu pun ada juga) akan makan juga maggi ni sebab murah dan agak mengenyagkan... Alternatif lain- roti... Ada tak yang tak boleh hidup kalau tak makan nasi?

Roti dan nasi sumber karbohidrat kan, Badan kita perlukan yang seimbang.Kalau tak.. terbantut le pembesarannya nanti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...