Nak Souvenier best?

Showing posts with label memey. Show all posts
Showing posts with label memey. Show all posts

Teruja Memey & Norman bakal dapat anak..

Bakal menimang cahaya mata lelaki pada bulan Februari tahun depan, Memey telah bersedia untuk bergelar seorang ibu sementelah, dia juga mempunyai tiga orang anak tiri hasil perkongsian hidup Norman bersama aktres Abby Abadi.

"Sudah pasti saya bersedia untuk menjadi ibu dan sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk melahirkan anak sulung ini. Apabila hamil, saya rasa hidup telah lengkap sebagai wanita dan sekarang merupakan saat yang sungguh membahagiakan saya," ujarnya yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-10 pusat beli-belah Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur.
Cerita Memey, Norman menjaganya dengan penuh teliti sepanjang tempoh kehamilannya, malah setiap hari mereka teruja dengan perkembangan bayi yang dikandungnya.
"Setiap hari bila bangun tidur, saya akan pandang cermin dan lihat perut yang semakin membesar. Perasaannya sungguh bahagia bila tahu keluarga saya akan semakin membesar.

~Sesiapa pun bakal bergelar ibu sure la teruja dan gembira kan.. Excited bak kata omputeh. Terutamanya bila kali pertama mengandung.. Mestila sangat gembira bakal bergelar ibu bapa. Then kata orang keterujaan tu menurun plak untuk anak kedua dan seterusnya.. betul ke begitu? isk..

Komen PANAS ChefWan tentang tajaan KAHWIN MEMEY-NORMAN.

Memang panas betul la..
Sama panas dengan cuaca tengahari tadi....

Bagi yang dah baca tu..mungkin faham le entry ini.
Bagi yang belum terbaca tu sebenarnya
ChefWan ada mengomen yang PEDAS kat facebook nya tentang hal ini.

Kita memang boleh mengkritik.
Tidak salah.
Cuma mungkin cara itu boleh diubah..

Supaya, apabila kritikan yang diberi itu dapat diterima..
bukannya menambahkan kepanasan.

Semoga kita sema dapat pengajaran dari apa yang berlaku di sekeliling kita..
Pada setiap hari..
Pada setiap masa..
BerSYUKURlah..

Dosa masing-masing yang tanggung..

.Adakah kerana ditaja, maka Mrs.Norman tak boleh menolak semasa diminta memakai pakaian yang mendedahkan itu?Memanglah dosa masing-masing yang tanggung, tapi aku risau ia akan menjadi ikutan.Sekarang pun bukan main ramai aku tengok pengantin yang bukan selebriti bangga tayang bahagian badan yang tak patut ditayang.Kalau tak dibanteras dari awal, tak mustahil suatu hari nanti ada pengantin Melayu kita yang sanggup berbikini!Maka hilanglah orang Melayu dan muncullah orang layu!


sumber:http://scarlettj1.blogspot.com/

Beza Komen dua entry Kahwin..

Entry INI komennya begini:


Scarlett O'Hara said...

Jujur beritau ni.Saya gelak lepas terkejut tengok baju tak cukup kain tu.Cantik lagi baju rekaan Hatta Dolmat yang keluar kat Utusan semalam.Inilah jadinya kalau orang tak Islam buatkan baju untuk org Islam.yang orang Islam tu pulak cuma mampu senyum je walau pun diperkotak katikkan.Sambung gelak... hahahahahaha.....

Dan lagi satu ENTRY NI "


Mommy Fara said...

Eh, pengantin comel. Nie exit ke kampung sy nie.

atuk said...

Assalamualaikum Nur

bergaya mereka berpakaian Melayu

Wassalam

Baju sbelah bahu pun koyak..




MAYA_mustwany said...





bagi memey tak de masalah kut dengan gaun pengantin dia.
dia mesti da biasa baju2 jenis macam ni.
bab kata orang selamba"xmoden la xseksi" hemmm

kalau labuhkan,lagi manis
.dayang2nya pun baju sbelah bahu pun koyak.he2.

GAMBAR GAUN RAFLESIA VERA WANG MEMEY-NORMAN.

TERKUJAT DEN NENGOK GAUN PERKAHWINAN MEMEY - NORMAN NI. REKAAN EKSKLUSIF VERA WANG TU.
SIKIT NAK KOMEN:
MACAM X CUKUP SESUATU.
APA PUN SELAMAT LE DAH KAHWIN.
memey norman
KREDIT TO: BEAUTIFULNARA.COMGAMBAR GAUN RAFLESIA VERA WANG.

Selain Memey, Siapa Pilihan?

MASA BACA ONLINE PAPER, TERLIHAT TAJUK TAJUKNYA KEBANYAKAN TENTANG ARTIS/PERSONALITI WANITA..
OK..
ANTARA DIORANG NI..

LOFA, DANG SURIA, SOFIA JANE DAN ROZITA...



TERKEJUT juga Diva bila seorang teman kepada Dang Suria memberitahu bahawa pengacara cantik itu telah bertukar kerjaya.

Kata teman Diva, isteri kepada penulis lirik Ad Samad itu meninggalkan stesen Awani baru-baru ini dan tidak lagi bertugas di situ.

"Dang baru sahaja berhenti di Awani. Dia sekarang menjadi Pengurus Perhubungan Awam di Hotel Royale Bintang The Curve dan sebuah lagi hotel yang sedang dalam pembikinan iaitu Hotel Royale Bintang Damansara yang terletak bersebelahan Cineleisure," ujar teman Diva tadi.

Dia juga sempat meluahkan rasa terkilan kalau-kalau Dang Suria yang pada mulanya dikenali sebagai pembaca berita sebelum menjadi pengacara, terus menyepi daripada bidang penyiaran.

Tapi menurut teman Diva, Dang hanya bertukar kerja dan tidak terikat dengan mana-mana stesen televisyen. Namun, dia masih mengambil tawaran untuk mengacarakan majlis.

KASUT APA PALING BERAT? Bukan Kasut Memey -Norman ye..

SEMESTINYA JAWAPANNYA BUKAN KASUT MEMEY- NORMAN TU..
KALAU YANG TU SOALANNYA LAIN..
TAPI KASUT PALING BERAT NI JAWAPANNYA SILA BACA DI SINI:


Kita xperlu susah ht wlau kita smyg tapi kita susah, kita ni rajen semyang, tp hidup kita susah jugak.letih dah hidup. Kita orang islam nie 3 benda pasti akan mai pada kita. Yang pertama letih,  yang keduannya sedeh, dan yg ketiganya sakit. Letih dgn kerenah anak-anak, letih dgn kerja. Kerja siang malam cari rezki. Pencen pun keja lagi, dah xlalu sgt pun keja lagi . sbb pa nk cari rezki. Penat mak2 kita, mana nak basuh kain, mana nak siang ikan, mana nak masaknyer, kemas umah. Letih sungguh. Allah taala hapuskan dosa.  Oleh kerana kita letih kerana Allah, Allah hapuskan dosa Allah. Samala dengan sedih. Sedih kena tinggl, sedeh kena cerai,sedih anak mati, sedih suma mati, sedih kak mati, sedih mak mati sedih pak mati. Sedihhhhhhhh kasut hilang. Kasut berat pun kena curi. Kasut apa? Kasut bata. Hat tu pun hilang. Xtaw la apa nk jadi. Kasut bata berat tu, tu pun orang curi. No 3 sakit. Kita akan di uji dgn kesakitan. Dok saja2 jtuh tngga, xleh bngun. Patah pinggang. Dok saja2 tertelan jarum. Dok nk masuk benang dalam jarum, tetibe tertelan jarum. Huhu. Kalu Allah Taala nk bg sakit, nk wat macam mana. Maka dengan2 menda2 gini, Allah akan hapuskan dosa kita dan akan naikkkan darjat kita.


BEST ENTRY NI..http://lolz-l.blogspot.com/

Gambar Kahwin Memey & Norman..

DAH TENGOK GAMBAR KAHWIN MEMEY & NORMAN?..
KALAU NAK TENGOK ADA KAT OH BULAN.
DALAM KOSMO PUN ADA JUGA..
LARIS LE AKHBAR HARI INI YE?..


KOTA TINGGI - Pasangan pelakon, Mohammad Norhakim Zaidon, 35, yang lebih dikenali sebagai Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi, 23, atau Memey masing-masing sebak dan menangis pada majlis akad nikah mereka yang berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1 di sini semalam.

Pasangan pengantin itu mulai sebak sebaik Jurunikah Mukim Kamdau, Zulkipli Tarmizi membacakan khutbah nikah.

Sebelum itu, dengan sekali lafaz, Norman sah menjadi suami Memey yang menerima mas kahwin RM22.50 berserta wang hantaran RM24,000.

Pasangan itu mengenakan pakaian berwarna coklat hasil sentuhan dan sumbangan Ezuan Ismail.

Dua anak Norman ketika bersama bekas isterinya, Abby Abadi, iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut berada di sebelah Norman ketika majlis akad nikah yang bermula kira-kira pukul 5 petang manakala anak bongsunya, Maria Danisha Hakim, 3, tidak hadir.

Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dengan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Dalam sidang akhbar selepas selesai diijabkabulkan, Norman berkata, perasaan sebak tersebut datang selepas dia terasa kehidupan masa lalunya yang tidak sempurna.

Tahniah Memey & Norman. Hantaran RM24k..

Baca ni jap...


KOTA TINGGI: Actors Norman Hakim, 35, and Memey Suhaiza, 23, both of whom were caught for alleged khalwat (close proximity) in 2008, were married Saturday after a one-year engagement.

The marriage was solemnised at Memey's family house in Felda Tenggaroh Selatan I here and attended by family members of both sides.

Norman presented Memey or Suhaiza Suhaimi with five trays of gifts and a RM24,000 dowry while Memey responded with seven trays of gifts.

Norman said they planned to go for a honeymoon in Paris.

The couple will hold a reception at Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur on Wednesday.

Thestar-

Ada tak Gambar Kahwin Memey dan Norman?

Tahniah buat Memey & Norman.
Ada yang dah tengok Gambar pre wedding nya?
Cantik tak?
Lepas ni baru nak menggoogle GAMBAR PRE WEDDING MEMEY & NORMAN HAKIM.

Terbaca dalam berita akhbar itu hari, katanya
MAJLIS PERKAHWINAN JUTAAN RINGGIT ni adalah Wedding of the year la kan.
Lepas tu pula, khabarnya Memey terpaksa menolak 15 tajaan lain.
Wah, untungla majlis kahwin ni ditaja begitu banyak.
Kata orang- tuah ayam nampak di kaki.

Tertanya juga, ada tv yang buat siaran langsung tak?
Paling tidak liputan kat MELODI TV3 sure ada la kan.. Nak le juge menyekodeng MAJLIS PERKAHWINAN MEMEY & N0RMAN HAKIM ni..

Ye la, gaun perkahwinan yang ditaja tu bakal dipamer di muzium kan.
Nak la tengok juga bagaimana rupa gaun yang begitu tinggi harganya.
Kawan kawan ada update tentang MAJLIS KAHWIN MEMEY & NORMAN?

Selamat Hari Sabtu ye semua..

PERKAHWINAN rm12juta: MEMEY & NORMAN HAKIM.

Owh.. Tersilap berita tadi.. Yang RM7.2 juta tu dalam akhbar semalam.. Harini punya dah naik RM12juta.. Tadi silap tulis tajuk entry kat ENTRY KAHWIN RM7.2JUTA?

Banyak tu kan.. Nasib baikle semua tu tajaan.. Agaknya sebab tak ramai selebriti HEBAT yang nak kahwin tahun ni.. Tu yang dapat kat Memey & Norman Hakim tu ye.. Kira win win situation la kan sebab satu pihak dapat PROMOSI kan barang barang mereka dan satu pihak dapat menjimatkan KOS PERKAHWINAN.

Berikutan entry tadi: ini komennya..




Kakzakie said...
Kakak kurang minat selibriti ini
Raden said...
kalo bercerai jugak tak tau la nk ckp pe lagi...

GAMBAR KASUT KAHWIN MEMEY & NORMAN HAKIM.

NO KOMEN.. HEHE.

TAPI NAK TENGOK RUPABENTUK KASUT YANG MAHAL REKAAN PPROF DATUK JIMMY CHOO NI.. MANA TAU NANTI RAYA BOLEH TEMPAH YE TAK?


Perkahwinan 7.2juta! Memey & Norman.

PAGI PAGI DAH TERKUJAT BACA PAPER ONLINE.. GRAND BETULLE KAN CELEBRITI DUA ORANG NI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN MEMEY & NORMAN BERNILAI 7.2 JUTA? BIAR BETIK?? KASUT PUN DAH 300k . JANGAN RISAU.. SEMUANYA DITAJA OKE..

***
TAPI ALANGKAH BESTNYA KALAU MEMEY & NORMAN TU TOLAK PENAJAAN, SEBALIKNYA SUMBANGKAN PADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.. 7.2 JUTA TU BANYAK TU KALAU NAK DIKONGSI..

KUALA LUMPUR: Pasangan Norman Hakim,35, dan Memey Suhaiza, 23, bakal mengadakan sebuah majlis perkahwinan bernilai RM12 juta pada 28 September ini di Hotel Crown Plaza Mutiara di sini yang ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Menurut wakil Rafflesia selaku perancang perkahwinan pasangan itu, Bill Bora, sebanyak enam penaja yang akan bekerjasama dengan Rafflesia iaitu Lords Tailor, Snips, Angsana Spa, Crown Plaza, Naz(pereka pelamin dan dewan) dan Prof. Datuk Jimmy Choo.

"Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu).

"Bagi persalinan gaun, kami memberi peluang kepada semua pereka fesyen tempatan untuk menghantar rekaan masing-masing dan pihak Rafflesia akan memilih yang terbaik di mana rekaan tersebut mestilah berpadanan dengan mutiara yang dipadankan itu," katanya pada sidang akhbar penajaan perkahwinan Norman dan Memey di Hotel Crown Plaza, di sini, Jumaat.

Tambah Bill, tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan New York Look dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Lebih menarik lagi beberapa selebriti antarabangsa turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut dan perkahwinan ini mungkin boleh dianggap sebagai 'Wedding of The Year'.MSTAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...