Nak Souvenier best?

Showing posts with label minyak mahal. Show all posts
Showing posts with label minyak mahal. Show all posts

Betul ke Harga Minyak RON97 naik? Mac 2013.

Betul ke Harga Minyak RON97 naik? Mac 2013.

Dengar dengar khabar  begitulah. Ada ke antara pembaca blog ni yang dah isi minyak ron97 harini. Memang betulke harga minyak ron 97 ni dah naik duapuluhsen?. Biasanya dibuat pengumuman. Tapi tak terperasan pula.

Mungkin tidak diumumkan sebab negara lebih fokus akan krisis di Lahad Datu itu.(Semoga krisis yang berlaku segera selesai). Terkejut juga la bila harga minyak ni naik, secara tidak langsung harga barang akan naik juga kan.

Iya la, kos pengangkutan dan penghantaran pastilah bertambah (walaupun sebenarnya transport tu guna diesel / ron95). Hakikatnya itu la yang akan berlaku. Siapa sokong?.. 

Terfikir juga, ada ke kemungkinan harga barang akan turun? Macam takde je kan..

Harga RON95.

Nak baca berita tentang minyak naik harga ni kat mstar ye kawan-kawan.


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.
"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama dengan hypermarket/pasaraya, syarikat minyak dan persatuan hotel di sini, Jumaat.
Menurut beliau, kerajaan menanggung sebanyak RM1 seliter untuk subsidi minyak kepada rakyat pada ketika ini.
Justeru itu, kerajaan akan mengkaji semula harga pasaran minyak dunia setiap enam bulan agar tanggungan subsidi minyak dapat dikurangkan.
"Kajian semula untuk harga petrol RON 95 dibuat pada Disember tahun lepas. Jadi semakan terbaru akan dilakukan hujung bulan ini atau awal Jun," jelasnya.
Ismail Sabri berkata, semakan setiap enam bulan itu bukan dilakukan untuk membatalkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi mahu mengurangkan tanggungan subsidi kerajaan secara berperingkat-peringkat.
"Kita mesti lihat perkembangan yang berlaku di dunia pada ketika ini. Harga barang tidak akan kekal sepanjang masa," katanya.
Jelas beliau, harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92.
Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama pasar raya, syarikat minyak dan persatuan hotel untuk membantu sektor koperasi memperluaskan pasaran produk keluaran mereka.
Katanya, pemasaran produk keluaran 35 buah koperasi terpilih dapat meningkatkan lagi peratusan penyenaraian tetap produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih berada pada tahap kurang memuaskan.
Beliau turut berharap pihak hotel dan syarikat minyak mengecualikan caj penyenaraian tetap kepada PKS untuk disenarai tetap di premis masing-masing.
"Bersesuaian dengan program itu, kementerian mensasarkan sumbangan koperasi terhadap Keluaran Dalam Kasar Negara akan dapat ditingkatkan kepada RM10 bilion menjelang 2013," katanya.
Untuk merealisasikan sasaran itu, beliau berkata Malaysia akan menjalin kerjasama dengan koperasi di Singapura bulan depan selain menggalakkan koperasi kecil bergabung untuk menjalankan perniagaan berskala besar.

APA YANG NAIK?

~Dah sah la tu naik ye.. Ada yang belum tahu ke? Krisis di Asia Barat yang sebabkan harga minyak ni melambung tinggi. Dan dari pembacaan dari blogger-blogger lain pun, harga Ron95 punye turn untuk NAIK pun akan sampai.. (PRU?)

KUALA LUMPUR - Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya di sini semalam.



OH MINYAK!


Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.
~Makin hari makin naik harga minyak. Harga barang pun pasti akan naik juga nanti ekoran kenaikan harga minyak...

harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15

~harga minyak makin naik.. bila nak ada alternative sumber bahan api lain..?

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.

Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.

"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.(kosmo)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...