Nak Souvenier best?

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tarikh 1 Ramadhan 2013.

Tarikh 1 Ramadhan 2013.

Suatu hari ada kenalan bertanya secara spontan, bila Tarikh 1 Ramadhan 2013 ye?. 5 minit pun belum boleh bagi jawapan kat kawan tu. Penat dia tunggu, Terkulat-kulat juga la kita nak mencari jawapan.. Belek dua tiga jenis kalendar baru le boleh bagitau kat member tu Tarikh 1 Ramadhan 2013.

Sebenarnya, kalau ikut lojik, memangle takde Tarikh 1 Ramadhan 2013 tu sebab tarikh yang ada cuma 1 ramadhan 1434H. Terkena gak kat batang hidung sendiri yang mancung ni. Tarikh 1 Ramadhan 2013 tu bersamaan 10 JULAI 2013, makanya tarikh 1 SYAWAL 1434H jatuh pada 8 OGOS 2013.

Apakah kepentingannya untuk mengetahui tarikh-tarikh ini dengan lebih awal? Ini kerana, perlu la kan sebab nak buat perancangan awal nak beli baju raya, nak tempah tiket balik kampung, nak beli/ order/ bikin kuih raya dan yang paaaling penting adalah,
NAK GANTI PUASA.. jangan lasminit lah ye.

Kalau dah tahu tarikh awal-awal, senang kerja.. tidaklah hamba tertanya tanya.. bila nak bubar, bila nak mengundi?.. tup tup dah plan baiiikk punye. kena kensel plak.. sapa nak bayar kos gantirugi?.. Fikir-fikirkanlah...

KADAR ZAKAT FITRAH 2012.

Info dapat dari forblogger.net.

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri  2012

Dah mula bayar ZAKAT FITRAH 2012 ke?
Gambar kat atas tu untuk KADAR ZAKAT FITRAH 2012.
Jadi dah boleh sediakan wang yang mencukupi untuk bayar ZAKAT FITRAH ni ye.
Selamat Beramal.

credit: forblogger.net.

Iklan sat..

Jangan membazir ketika berbuka..

BERSEDERHANALAH..

Puasa ? Tapi boleh makan..

Nur tahu kakak pernah dah siap hirup sayur bening habis semangkuk kecik masa balik kerja. Licin - bila nak masak baru ingat eh... puasa. Tapi masa tu puasa sunat. Apa pun kalau tak sengaja tak apa.. on Batal Puasa Ke?.. Tak sengaja takpe..

BETUL TU KAKZAKIE..
KALAU TAK SENGAJA TAKPE..
ITU DAH KIRA REZEKI PUASA..
HEHE..

Kena suntik batal puasa?


~BACA BETUL BETUL YE..

suntikan yang berupa makanan dan vitamin yang membantu untuk mengenyangkan atau memberi tenaga kepada seseorang atau yang berfungsi seperti makanan turut diharamkan pengambilannya ketika berpuasa.

Selain itu terdapat juga perkara yang tidak membatalkan puasa, namun mengurangkan pahala berpuasa apabila kita melakukannya. Nabi SAW di dalam hadis, maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi ia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu, kecuali rasa lapar dan dahaga.” (Riwayat Imam Ahmad).

Jom Makan Nasi Beriani untuk buka ni..

~Bulan puasa kali ni dah try nasi beriani ke?
Jom jamu mata dulu..

Setahu Nur, blog sharinginfoz dah try dah.. siap buat review juadah ramadhan.
Bagus juga review tentang JUADAH BAZAR RAMADHAN ni..
Boleh bagi gambaran untuk orang lain juga.. Mana yang best..mana yang nak dicuba.

Namun akhirnya bergantung pada diri sendiri jua sebab lidah masing-masing punya.. taste pun dah pasti lain lain..



















BERIANI kambing menu istimewa yang ditawarkan di JM Bariani.

Mari Memperingatkan di Bulan Puasa.

Dah melepasi separuh Ramadhan. Dah selesa kita berpuasa kan. Tapi harus sering diingatkan sesekali. Sebagai manusia ni mudah lupa.. So nur nak kongsi gambar kat atas ni ye. Pesan dari Ustaz Zaharuddin ni. Semoga kita dapat jaga puasa kita dan tingkatkan amalan kita semua.

Batal puasa wanita itu...

Perkara membatalkan puasa.

khusus bagi wanita yakni haid dan nifas. Ini khusus bagi orang yang uzur syarie. Puasa wajib ditinggalkan bagi orang yang didatangi haid dan nifas berdasarkan dalil yang jelas seperti hadis Abu Sa’id Al- Khudri yang menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada wanita yang bertanya mengenai maksud kurangnya agama mereka, Sabda Nabi SAW, maksudnya: “Bukankah wanita itu bila haid dia tidak solat dan tidak puasa?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah bersabda, “Maka itulah dari kekurangan agamanya.” (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis daripada ‘Aisyah RA, wanita haid wajib mengqada (mengganti) puasa yang ditinggalkannya, maksudnya: “Kami mengalami haid pada masa Rasulullah SAW maka kami diperintahkan untuk mengqada puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Shahih Jami’ no. 3514)

Jangan makan terlalu banyak..

Tip Puasa : Jangan makan terlalu banyak. Ambil pemakanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, protein, buah-buahan atau sayur-sayuran, dan minum air dengan banyak. Contohnya: telur + roti serat gandum bakar, biskut disalut mentega kacang, beberapa hirisan buah oren, dan dua gelas air. 


~dari POise Malaysia.

Sengaja Muntah-Muntah..

Perkara membatalkan puasa.

muntah dengan sengaja.

Dalilnya ialah sabda Nabi SAW, maksudnya: “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk mengqada (menggantikan) puasanya, dan sesiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqada (menggantikan) puasanya.” (Riwayat Imam Abu Dawud dll) Ada orang yang menjaga badan (diet) dengan memuntahkan kembali apa yang dimakan. Sesudah makan sahur dia menjolok tekaknya untuk memuntahkan apa yang dimakan. Ini satu perbuatan yang membawa kepada pembatalan puasa dan wajib baginya mengqada (menggantikan) puasa tersebut.

Batal Puasa Ke?.. Tak sengaja takpe..


Perkara pertama yang membatalkan puasa secara jelas, iaitu makan dan minum dengan sengaja. Bagaimanapun sekiranya seseorang itu makan dan minum kerana terlupa maka tidaklah batalkan puasanya. Sabda Nabi SAW, maksudnya: “Jika terlupa lalu makan dan minum hendaklah dia sempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ALLAH yang memberinya makan dan minum.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Maka jika seseorang itu terlupa dan makan dan minum sehingga kenyang sekalipun, puasanya masih sah dan dia perlu menyambung puasanya sehingga selesai. Itu adalah anugerah ALLAH SWT yang memberinya makan dan minum.

Tetapi seseorang tidak dibolehkan buat-buat lupa dan makan, itu satu perbuatan yang haram.

Macamana berbuka ikut Sunnah?


Rasulullah telah memerintahkan untuk berbuka dengan kurma, jika tidak ada kurma, maka dengan air. Ini termasuk dalam kesempurnaan kasih sayang dan betapa prihatinnya Baginda kepada umatnya.
Ini kerana memberikan sesuatu yang manis kepada tubuh yang kosong berupaya untuk membangkitkan selera, tenaga dan sangat bermanfaat bagi badan.
Tubuh akan menjadi segar dengannya (kurma). Begitu juga dengan air, kerana ketika berpuasa tubuh kekurangan air, maka jika dibekalkan dengan air ia akan membantu menyegarkan badan serta membantu penghadaman makanan.
Sebenarnya kurma mengandungi berkat dan keistimewaan (begitu juga air) dalam pengaruhnya terhadap hati dan menyucikannya. Tidak ada yang mengetahui kecuali orang yang beritiba' (mengikuti sunah).

Sah ke puasa?

Kalau tak makan sahur dan tak mampu berbuka puasa kerana tiada makanan?..

google image: somalia 

Senarai Harga Barang Kawalan.


ISMAIL SABRI menunjukkan senarai skim kawalan harga musim perayaan di Putrajaya semalam.

Lagu Raya..

Dah dengar lagu raya dah?.. Belum pun separuh bulan puasa.. bahkan masa hari pertama Ramadhan sudah berkumandang lagu-lagu hari raya. Begitu kuatnya kuasa Hari Raya berbanding puasa ni. Sepatutnya lagu raya ni dimainkan bila dah nak menjelang hari raya la kan.. dan masa hari raya itu sendiri la..

Kalau dengar awal-awal mungkin basi kot lagu raya tu..

Mengikut pengalaman raya.. lagu-lagu raya ni tak basi.. Sentiasa evergreen..
Kalau bagi yang duduk jauh dari family tu lagu yang paling terkesan di hati adalah semestinya DENDANG PERANTAU.

Kalau masa on the way nak balik kampung nanti jangan lupa mainkan lagu BALIK KAMPUNG..

Ok.. selamat berpuasa..

Dah tengahari... Fikir Menu?

Dah takde kerja agaknya tengahari ni dah terlintas nak fikir menu apa untuk berbuka nanti.
Semalam makan apa?
Tadi sahur ke terlepas sahur?

Kawan-kawan planning nak masak apa petang ni?
Ada teringin nak makan apa apa tak?

Makanan eksotik ke?
Haih.. Nafsu oh nafsu..

Ada yang nak bagi cadangan untuk ke bazar ramadan kat mana-mana tak?
Apa yang glamer kat bazar ramadan tu? ceciter skit..

~Kambing panggang pun sedaaaap...

Alamak.. nak makan apa sahur nanti?

Alamak.. nak makan apa sahur nanti?

~ada idea tak..
baru masuk fasa kedua ramadan.
dah takde idea nak makan apa.
Kawan-kawan hajatnya nak masak apa?
Atau panaskan saja lauk berbuka?
Atau ada jemputan untuk singgah sahur kat mana-mana?

Rasa cepat pula ye Ramadhan kali ini berlalu.
Nanti masuk fasa ke 3..
Harap ibadat kita akan berlipat ganda bukan sebaliknya ya..

Beruntungnya kita...

Diuji dengan nikmat makan..
Sedarkah kita?
google image: somalia kids

Meneruskan ibadat..


Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih.
"Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam.
"Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat.
"Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah," jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja'far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...