Nak Souvenier best?

Showing posts with label niat puasa. Show all posts
Showing posts with label niat puasa. Show all posts

Sengaja Muntah-Muntah..

Perkara membatalkan puasa.

muntah dengan sengaja.

Dalilnya ialah sabda Nabi SAW, maksudnya: “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk mengqada (menggantikan) puasanya, dan sesiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqada (menggantikan) puasanya.” (Riwayat Imam Abu Dawud dll) Ada orang yang menjaga badan (diet) dengan memuntahkan kembali apa yang dimakan. Sesudah makan sahur dia menjolok tekaknya untuk memuntahkan apa yang dimakan. Ini satu perbuatan yang membawa kepada pembatalan puasa dan wajib baginya mengqada (menggantikan) puasa tersebut.

Batal Puasa Ke?.. Tak sengaja takpe..


Perkara pertama yang membatalkan puasa secara jelas, iaitu makan dan minum dengan sengaja. Bagaimanapun sekiranya seseorang itu makan dan minum kerana terlupa maka tidaklah batalkan puasanya. Sabda Nabi SAW, maksudnya: “Jika terlupa lalu makan dan minum hendaklah dia sempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ALLAH yang memberinya makan dan minum.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Maka jika seseorang itu terlupa dan makan dan minum sehingga kenyang sekalipun, puasanya masih sah dan dia perlu menyambung puasanya sehingga selesai. Itu adalah anugerah ALLAH SWT yang memberinya makan dan minum.

Tetapi seseorang tidak dibolehkan buat-buat lupa dan makan, itu satu perbuatan yang haram.

Alamak.. nak makan apa sahur nanti?

Alamak.. nak makan apa sahur nanti?

~ada idea tak..
baru masuk fasa kedua ramadan.
dah takde idea nak makan apa.
Kawan-kawan hajatnya nak masak apa?
Atau panaskan saja lauk berbuka?
Atau ada jemputan untuk singgah sahur kat mana-mana?

Rasa cepat pula ye Ramadhan kali ini berlalu.
Nanti masuk fasa ke 3..
Harap ibadat kita akan berlipat ganda bukan sebaliknya ya..

Apa nak buat masa ni?


11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.

Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yang wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun untuk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH. Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Jom Moreh.

Moreh dengan bulan puasa ni memang sinonim la kan. Ada yang taktau ke apa itu moreh?.. Moreh ni kira makan selepas solat sunat tarawih. Ada syarat ke kena makan apa? Wajib ke nak kena moreh ni? Sebenarnya terpulangla pada individu tu nak makan apa waktu moreh tu kan. Kalau kat masjid-masjid atau surau memang ada disediakan. Biasanya moreh ni adalah sumbangan/ pemberian penduduk setempat.

Kalau zaman budak budak dulu, solat tarawih kat surau adalah paling best sebab yang ditunggu adalah waktu moreh tu la.. Kadang-kadang sebelum solat sunat tarawih tu dah pergi mengintai juadah moreh la kan. Itu la kenangan terindah waktu kecik kecik. Dah besau panjang ni masih buang tebiat ke wat macam tu?..

Seeloknya waktu moreh ni tak perlula nak makan heavy meals ye. Sebab perut kita pun nak berehat. Dah la waktu buka tu dah penuh disumbat.. Kesian kat badan.. Lama lagi nak pakai ni.. Makan pun biar berpada..

Niat Puasa Ramadhan.

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)


~KAWAN-KAWAN DAH PASANG NIAT KE BELUM?
MARILAH SAMA-SAMA LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN KALI NI.
KALAU KECIK KECIK DULU, MASA DINNER RAMAI2 LAFAZ NIAT TU.. BERJEMAAH KATANYA..

semoga dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan diberi kesihatan yang baik.

SELAMAT BERPUASA SEMUA!!

Niat Puasa Ramadhan.: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...