Nak Souvenier best?

Showing posts with label niat puasa ramadhan. Show all posts
Showing posts with label niat puasa ramadhan. Show all posts

Apa nak buat masa ni?


11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.

Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yang wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun untuk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH. Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Niat Puasa Ramadhan.

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)


~KAWAN-KAWAN DAH PASANG NIAT KE BELUM?
MARILAH SAMA-SAMA LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN KALI NI.
KALAU KECIK KECIK DULU, MASA DINNER RAMAI2 LAFAZ NIAT TU.. BERJEMAAH KATANYA..

semoga dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan diberi kesihatan yang baik.

SELAMAT BERPUASA SEMUA!!

Niat Puasa Ramadhan.: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...