Nak Souvenier best?

Showing posts with label resepi simple. Show all posts
Showing posts with label resepi simple. Show all posts

Resepi Udang Goreng Butter/ Apa Maksud Resepi Menderhaka?

Dapat dari TryMasak.. Sekali sekala layan nengok video.. HEHE.. Konon je la nak mencuba.. Tapi kalau bab bab ikut resepi jarang yang menjadi.. Menderhaka kot.. Tapi kalau Cik MAt Gebu yang menderhaka.. jadi je.. Kalau taraf tukang masak yang tak pandai ni.. Hancus.. Silap2 .. rentung..
Tapi kalau ceroi si noody tu.. Pasti hebat juge masakannya..

Copy resepi je.. video g nengok sendiri la ye..
1) Udang sederhana besar - dibuang kulit (300g)
2) Telur - dikacau hingga pecah (2 biji)
3) Bijirin Oat (5 sudu besar)
4) Daun Kari (1 tangkai)
5) Cili Padi - dihiris nipis (5 biji)
6) Bawang Merah - dicincang (3 ulas)
7) Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
8) Stok Ayam (1/4 cawan)
9) Mentega (3 sudu besar)
10) Serbuk Lada Putih (secukup rasa)
11) Gula (secukup rasa)
12) Garam (secukup rasa)
Directions

Goreng udang dalam minyak panas selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.

Kurangkan minyak dan masukkan mentega.

Setelah mentega cair, masukkan telur dan kacau rata.

Masukkan bawang putih, bawang merah, stok ayam, cili padi, daun kari, garam, serbuk lada putih, dan gula.

Apabila naik bau dan daun kari sedikit layu, masukkan udang dan bijirin oat.

Gaul sebati dan hidang.

Layar Lara dan Resepi Sri Kaya..

LayarLara: Amek je resepi kaya tu.. i follow ye..
http://layarlara-layarlara.blogspot.com/
--------------------------------------------------
Ok Kak.. Terima kasih ye.. Resepi yang dimaksudkan tu..

Bahan2nya:-
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
400ml santan (aku guna 2 santan kotak harmoni yang setiap satu seberat 200ml)
2 sudu makan tepung kastard + 2 sudu makan air
5 biji kuning telur
sehelai daun pandan.

Cara-caranya:-
1. Hanguskan gula+1/2cawan air sehingga kekuningan.(Kalau nak dapat kaler cam gambo kat atas, sila hanguskan lagi sehingga warna agak keperangan, kalau korang nak letak kaler hijau, hanguskan gulanya sehingga sedikit kekuningan saja then letak kaler)

2. Masukkan santan dan kacau2 sehingga sebati. Tutup api dan kemudian sila sejukkan.

3. Setelah benar2 sejuk, masukkan 5 biji kuning telur, daun pandan dan bancuhan tepung kastard.

4. Hidupkan api dan kacau sehingga mendidih dan pekat. Sekian.

Pernah beli kaya yang dalam bekas jernih jual kat kedai tu? Kira-kira korang dapat 4 botol kayalah kalau ikut resepi ini.

Untuk lain-lain resepi silalah menjenguk ke Apa Di Dapur

GAMBAR TAK ADO KAT SINI.. SILA KE BLOG LAYARLARA UNTUK MELIHAT SENDIRI KEENAKANNYA.. NYUMMY..

Cara Cara Memakan Kek Coklat

Nak makan kek coklat pun ada caranya juga ye?.. Mestilah ada supaya kek itu ebih enak daripada biasa!!,, Baca doa makan sebelum memakannya.. Pasti bertambah lazat..

Bukan nak share cara memakannya.. Ni nak share resepinya.. Sebab tampak mudah dan bergaya.. Rasa.. Rasakan sendiri la..

Berikut cara caranya..
tekan kat sini aja: Resepi Kek Coklat Mudah dan Lazat..
Tuan punye blog adalah seorang MR Mama ye.. Ala ala Cik Mat Gebu kita tu la...

Resepi kek Mr Mama ni senang je sebab sukat sukat pakai cawan.. Sesiapa takde penimbang tu boleh la cuba.. Apa lagi.. Jom Masak Makan!!!

Celebrity Chocolate Cake

Semalam nampak gambar Amber Chia posing dengan Chocolate Cake . Bukan dia saja. Ada lagi, Faeza Elai (cerita Asmara) TV3 tu.. Dan ada juga Diddy. Semua posing dengan Chocolate Cake. Diorang tolong buatkan jualan amal untuk dapatkan RM17000 untuk NGO.

Jadi, kesannya mencubala Chocolate Cake Celebrity (modified sendiri). Resepi ini telah diubahsuai dan sangat simple. Bolehla dicuba tapi rasanya Chocolate Cake ni mungkin tak se best Secret Recipe.. Khas untuk mereka yang mementingkan ke' simple' an yang teramat.

Cara cara untuk buat: Chocolate Cake

Pukul telur sebiji dgn gula 2 cawan- kembangkan ia.
Selepas itu campurkan mentega 1 cawan, susu fresh/cair 1 cawan, air 1 cawan, tepung bluekey 2 cawan + serbuk koko setengah cawan (ayak la kalau boleh). esen vanila 1 sk. dah siap. boleh kukus atau bakar ye.. sejam

topping Chocolate Cake
setengah cawan serbuk koko + setengah cawan susu pekat manis + satu sudu besar mentega - panaskan jangan sampai hangit...

Maka sekianla resepi Chocolate Cake yang simple mimple dimple ni..

pai maggi- bukan taufan ye

~bila google tajuk ni dapatla resepi pai maggi.. untuk yang bujang-bujang yang da bosan makan cara biasa.. boleh cuba kelainan sikit.. kat SINI resepi di ambil

bahan2;

1 paket maggie
1 biji telur ayam
minyak untuk menggoreng

cara2;
1.keluarkan maggie dan rebus hingga mendidih.
2.kemudian toskan.
3.sementare itu gaulkan perencah dgn telur
hingga sebati.
4.ambil maggie yg telh siap ditos,
dan gaul dgn perencah+telur td.
5.panaskan minyak di dlm kuali.
6.masukkan maggie dan bulatkan.
7.biarkan sbntr baru dibalikkan.
8.sedia untuk dimakan.s'suai dimkn dgn sos cili.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...