Nak Souvenier best?

Showing posts with label slot zehra tv3. Show all posts
Showing posts with label slot zehra tv3. Show all posts

kontroversi Drama Tahajjud Cinta.

Dua tiga hari lepas heboh diperkatakan tentang KONTROVERSI DRAMA TAHAJJUD CINTA ni. Nampak kat TIMELINE TWITTER. Ingatkan kontroversi biasa biasa sahaja. Rupanya lebih dari yang disangka.

Memang slot Zehra adalah antara slot drama yang ditunggu untuk menonton pada setiap Malam Jumaat di tv3. Eh, malam Jumaat ke Jumaat malam... Ini adalah gara gara pelbagai cerita menarik yang disajikan. Antara yang melekat kat minda ni adalah Cerita Ahmad Durrah, Ustaz Amirul dan terkini CERITA PENUH KONTROVERSI ni la : Tahajjud Cinta.

Nak menonton cerita ni pun selepas mengikuti cerita KITAB CINTA arahan Erma Fatima. Melihat Fazura bertudung manis dalam cerita tu, mengujakan lagi nak mengikuti naskhah terbaru ERMA FATIMA: Tahajjud Cinta ini. Tapi, rupanya hujan di tengah hari.. Cerita ini yang ada 13 episod dilanda kontroversi. Khabarnya ada satu FANPAGE khas yang diwujudkan menuntut tayangan Tahajjud Cinta TV3 ni diberhentikan.
Situasi ini seperti cerita Sakti Delima dulu tu kan.
Jadi, apakah keputusannya CERITA TAHAJJUD CINTA TV3 ni?.. Sama sama nantikan Jumaat akan datang.. Adakah akan disiarkan?

TAHAJJUD CINTA 15.7.2011.

Orang tamak selalu rugi.. Inila konflik yang melanda tadi..
Layan TAHAJJUD CINTA la sekejap. Naskhah hasil air tangan Erma Fatima ni tak harus dilepaskan.
Compang camping pun compang lah.. Dapat tengok sikit sikit pun takpe.. Pasni top up la lagi cerita TAHAJJUD CINTA ni dengan cara berblogwalking.. Tapi, kalau ada yang sudi kobgsi kat sini best juge kan..

Sedikit yang campibg tadi.. Saat si boifren Seri tu dapat tengok muka Seri harini.. Dan episod kali ni berkisar tentang kepulang diorang ke Malaysia.. Citra dan Seri. Parents Citra sibuk mengadakan kononnya surprise party untuk menyambut kepulangan Citra..

Dan akhirnya, surprise yang dirancang ibu Citra itu menjadi betul betul kejutan buat ibunya sendiri apabila melihat keadaan Citra yang pulang bersama Seri itu.
Dah.. Sambung minggu depan pulak ye..

Eh.. Lagu tema cerita TAHAJJUD CIBTA ni tajuk apa? Siapa yang nyanyikan ye?...

TAHAJJUD CINTA. Sinopsis.

Slot Zehra malam ni bakal menyiarkan cerita yang baru berjudul TAHAJJUD CINTA. Drama ini diarahkan oleh pengarah tersohot yakni ERMA FATIMA atau nama sebenarnya FATIMAH RAHMAD. Tidak sabar rasanya untuk mengikuti cerita 13 episod ni. Bukan apa, selepas menonton KISAH KITAB CINTA terdahulu, rasa best pula naskhah arahan ERMA FATIMA ni. Dia memang seorang yang kreatif dan tersendiri.
Membariskan pelakon yang memang berbakat seperti Eman Manan, Melissa, Ziela, Dira, dan yang paling TIP TOP sekarang, AARON AZIZ atau glamer dengan jolokan Seth Tan. Antara kandungan yang bakal ditonjolkan ialah kisah Ustaz Shauki dilakonkan Eman Manan yang mempunyai empat isteri.. Pelakon wanita yang dinyatakan kat atas tu la isteri isterinya. Yang mengisahkan seorang individu yang memanipulasi hukum Islam untuk kepentingan dirinya sendiri.

Semoga cerita seperti ini akan lebih banyak dihasilkan..
Dan memberi pengajaran penuh mesej..

-TENGAH TONTON

KERANAMU LAILA: EPISOD AKHIR.

Rupanya cerita Keranamu Laila ni pun merupakan episod akhir malam ni ye.. Tadi sempat tengok kisah KITAB CINTA EPISOD AKHIR. nasib baik sempat juga tengok ending cerita KERANAMU LAILA. Recap cerita KERANAMU LAILA ni ye..
Kisah tentang seorang wanita Muallaf yang dianiaya oleh suaminya kerana sangat tamakkan harta dunia. Lalu berpisah dengan suaminya sedangkan masa tu dia sudah mengandung. Anak yang dilahirkan tu diberi nama LAILA.Dan, tanpa dusedari oleh suaminya Fendi telah mengambil LAILA itu sebagai anak angkatnya. Terdahulu Fendi sudah mempunyai isteri yang bernama Mazni. Mazni dan Fendi la yang membesarkan LAILA itu. LAILA pula sememangnya tidak mengetahui yang Aunty pengutip tin di sekitar kejiranan itu adalah ibunya yang sebenar. Begitu juga Fendi.
Jadi, pada EPISOD AKHIR KERANAMU LAILA ini, segala rahsia terungkai.. Dan akhirnya QASIDAH meninggal dunia dan hanya setelah itu barulah LAILA mengetahui kisah sebenar...

-ok ok je la ending tu..

Episod Akhir Mantera Anjasmoro.

Nak kongsi dengan kawan-kawan kat sini tentang kisah episod Mantera Anjasmoro pada hari ini. Permulaan episod kali ini mengimbas kembali kisah- kisah episod lalu secara ringkas.

-zahid dimasukkan ke hospital kerana ususnya rosak tanpa diketahui punca sebenar penyakitnya oleh doktor.
-Sabrina pergi ke salon milik Ramona, namun sebenarnya kedai atau salon itu tidak pernah wujud. Malah, mereka yang lalu lalang disitu pun menafikan kewujudan salon Ramona tersebut.
-Sabrina telah bertemu Ramona dan enggan menjadi pengikut Ramona tetapi Ramona telah merasuknya.
-Kalam telah bertemu Ratu Anjasmosro yang menghalang perjalanannya.
-Zahid dibenarkan pulang setelah sesuatu kisah ngeri berlaku di hospital itu.
- ibubapa Zahid mencarinya di hospital namun telah dibawa keluar oleh Sabrina.
-Lalu mereka ke rumah Sabrina tetapi tiada sesiapapun di sana. Mereka tidak dapat mencari Zahid.
-Rupanya Zahid telah dibawa ke rumah terpencil oleh Sabrina yang tadi. Kemudian Ramona menyatakan bahawa keturunan Sabrina yang terdahulu telah membuat perjanjian dengan Ratu Anjasmoro itu bahawa setiap anak perempuan sulung akan dikorbankan untuk Ratu Anjasmoro.Akhirnya Sabrina dibawa pergi oleh makhluk-makhluk Ratu Anjasmoro itu.
Dah.. THE END.

> Suka tengok cerita ni sebab sangat kagum dengan keadaan rumah milik Sabrina yang sangat mewah, besar dan cantik. Tengok daun pintu rumahnya.. Mak aii.. Macam pintu dewan Konvokesyen gitu ye tak.. Kalaule dapat tinggal dalam Astana sebegitu.. Bertuahla ye..

EPISOD AKHIR USTAZ AMIRUL.

Akhirnya, berakhir slot Zehra USTAZ AMIRUL kali ni.

Sinopsis cerita:..Setelah gagal mencari kembali Adawiyah, USTAZ AMIRUL akur dengan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi MUNIRA gadis ayu yang bekerja dengan ayahnya. Semua Persiapan pertunangan telah disiapkan, setibanya hari pertunangan USTAZ AMIRUL dan Munira, Adawiya kembali muncul dalam hidup USTAZ AMIRUL….Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh dengan amanah Allah, mampukah USTAZ AMIRUL menangani dugaan nya sebagai manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan Nafsu……


Sedikit tentang episod Akhir.

  • Munirah selamat melahirkan anak perempuan yang dinamakan Rabiatul Adawiyah (aka Rabiatu Adawiyah Junior)
  • Munirah cemburu dengan kemesraan antara Wiya dan Ustaz Amirul
  • Adawiya tidak setuju doktor membuat pembedahan ke atasnya untuk membuang Kanser Ovari.
  • Wiya membeli pakaian berwarna mutiara putih untuk sekeluarga.
  • Akhirnya, Adawiya meninggal Dunia dan meninggalkan sekeping warkah buat Amirul.

~Sedap pula lagu tema..
Lepas ni slot Zehra cerita apa pula ye?

SINOPSIS USTAZ AMIRUL..

~Ada sesiapa nak tonton sama- sama?.. Jom.. Tapi kat TV masing-masing ye..

Kembalinya USTAZ AMIRUL ke kampung untuk mengotakan janji dengan ibunya. Andai tiba usianya 30 tahun, masih tiada perempuan yang menjadi calon isteri buatnya, ibu boleh mencari jodoh sesiapa saja buatnya dan dia takkan membantah. Dalam masa yang sama, keluarga USTAZ AMIRUL tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari ADAWIYA(29) yang menjadi punca mengapa USTAZ AMIRUL sehingga kini sukar mencari cinta di hatinya. ADAWIYA gadis yang pertama kali dia suka sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang hendak diijabkabulkan tetapi ayah USTAZ AMIRUL ada impian lain buat anak lelakinya itu. Apabila USTAZ AMIRUL mendapat tawaran sambung belajar di Mesir, ayahnya mahu USTAZ AMIRUL tamatkan pengajian dahulu sebelum terikat dengan perkahwinan. Kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, USTAZ AMIRUL terpaksa meninggalkan ADAWIYA yang ketika itu begitu dilamun cinta pada USTAZ AMIRUL. ADAWIYA kecewa merana, bawa diri ke bandar mengikuti sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Tetapi ianya ditipu, dipermainkan sehingga .. sambung SINI..


Rusia Hos World Cup 2018 / Ahmad Durrah

Tadi diumumkan Rusia akan jadi hos/ tuan rumah World Cup 2018 dan Qatar pula untuk World Cup 2022. Lama je lagi kedengaran bunyinye.. tapi dah siap siap undi.. Tiba tiba teringat Wawasan 2020..akan tercapaikah?..

Back to jadi hos ni, sebenarnya apa yang best ye jadi penganjur?. Rasanya berebut- rebut negara bertanding untuk jadi tuan rumah/ penganjur terutama sukan bertaraf dunia.. Bila tengok berita tadi barula tahu yang mana-mana negara yang dapat jadi tuan rumah World Cup akan mendapat tajaan/ sumbangan.. berapa banyak? Banyak tu.. Berbillion dollar..Tujuannya untuk menambah dan membaikpulih fasiliti sukan di tempat itu.

Menonton lagi cerita Ahmad Durrah ni.. Nampak konflik cinta tiga segi di sini.. eh dah empat segi ni ye.. Apa la ending cerita ni nanti? Tak sabar nak tahu.. Ada sesiapa boleh bocorkan rahsia?

islah pelacur?


Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli, seorang ahli korporat yang jatuh muflis, melarikan diri dari kota menuju ke kampung untuk mencari ketenangan diri.

Bukan itu saja, penghijrahannya untuk mendalami ilmu agama turut menjadi perhatian penduduk di kampung itu. Di samping itu, terbit pula perasaan cinta Ahmad Durrah dengan tiga wanita yang meminatinya.

Di sebalik cinta, turut diselitkan kekentalan seorang ibu tunggal, Islah (Eja) yang tinggal dengan Mak Suri (Normah Damanhuri). Lebih menyedihkan, orang kampung menganggap Mak Suri perempuan gila. Namun ada satu pertalian misteri antara Ahmad Durrah dan Mak Suri.

Penonton akan mengetahui sendiri kesudahan cerita itu serta perebutan cinta antara Islah, Fatanah (Nabila Huda) dan Anisa (Nik Zaris Nelydia Senrose, seorang pelakon baru) dengan Ahmad Durrah.

Eja dengan watak tragik wanita yang lari daripada suami durjana kerana cuba melacurkannya. Dia terpaksa menjadi nelayan tanpa sebarang pengalaman demi kelangsungan hidup. Malah stigma masyarakat terhadap janda itulah yang membuatkan watak Islah sentiasa dibanjiri air mata.
~jarang-jarang ada tajuk drama menggunakan nama lelaki.. kebanyakan nya guna nama perempuan kan..dan eja pandai berlakon..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...