Nak Souvenier best?

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wanita Shopping Sorang-sorang.. Parking khas..

~BAGUS CADANGAN TU..
TERUTAMA BAGI WANITA YANG BERSENDIRIAN KE PUSAT MEBELI BELAH KAN..


KUALA LUMPUR: Seorang exco kerajaan Selangor mencadangkan supaya pengurusan pusat membeli-belah merizabkan sebilangan unit parkir kenderaan bertanda 'W', khusus kepada wanita berdekatan pintu masuk setiap premis perniagaan mereka.
Exco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata cadangan itu adalah praktikal berdasarkan situasi semasa kejadian jenayah yang sering berlaku di kawasan parkir kenderaan pusat membeli-belah.
"Tujuan utama merizabkan tempat letak kereta untuk wanita berhampiran bangunan pasar raya besar adalah untuk mengelakkan mereka terdedah dengan sebarang kejadian bahaya.
"Sebelum ini sudah ada tempat letak kereta khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dekat dengan bangunan pasar raya, jadi saya rasa tiada masalah merizabkan parkir khas kepada wanita seperti yang disediakan kepada OKU," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada Gabungan Wanita Pandan di Pasaraya Tesco Ampang, di sini, Jumaat.
Iskandar berkata antara lain, memorandum yang akan diserahkan kepada semua pasar raya besar di Ampang bermula hari ini, turut mencadangkan unit parkir tersebut ditanda 'W' sebagai tanda ia dikhususkan kepada wanita.
Unit-unit tempat letak kereta bertanda 'W' itu hanya boleh digunakan oleh pelanggan wanita yang mengunjungi pasar raya tanpa ditemani pelanggan lelaki dewasa sahaja, katanya. -BERNAMA

Endometriosis Punca Sukar Hamil?

~Jika sesiapa yang mengahdapi masalah ini harus segera mendapatkan rawatan..


Merungkai kewujudan sista endometriosis dalam kalangan wanita, Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dari Damai Service Hospital, Dr. Mahes Sittampalam memberitahu, semua wanita yang sedang dalam fasa subur berisiko mendapat sista endometriosis.
“Sista endometriosis adalah keadaan di mana tisu yang menyerupai selaput rahim tumbuh di luar rahim seperti di ovari, tiub fallopian, usus, pundi kencing dan pelvis.
“Ia sepatutnya gugur dan menjadi darah semasa datang haid, tetapi sisa-sisa darah yang tidak gugur dan melekat di kawasan lain ini bertukar menjadi sista.
“Keadaan ini menjadikan pesakit berasa tidak selesa dan sakit di kawasan bawah perut dan belakang setiap kali datang haid ataupun ketika mengadakan hubungan suami isteri,” jelasnya.
Menurut Mahes lagi, tidak hanya mendatangkan rasa tidak selesa, endometriosis juga merupakan punca utama ketidaksuburan wanita.
“Sista yang terdiri daripada gumpalan darah lama itu biasanya melekat di kawasan tiub fallopian dan ovari.
“Jika keadaan ini berlaku, ia akan menghalang laluan sperma untuk sampai ke telur.
“Jika berlarutan, sista boleh membesar dan pesakit sukar untuk hamil,” katanya.
Mempunyai ciri-ciri seperti barah iaitu boleh membesar dan merebak, bagaimanapun, pesakit tidak perlu risau kerana sista tidak boleh bertukar menjadi kanser.
“Pesakit kebiasaannya mengalami senggugut teruk, pendarahan yang banyak, sakit semasa buang air besar atau kecil, cirit-birit atau sembelit.
Artikel penuh di sini:



Wanita, tak perlu kerja?.. Setuju..

~Sudah tentu la tidak kan?.. Bak kata penulis ni di artike: INI.

Zaman sekarang, lelaki dan wanita sama-sama mengejar kerjaya. Tawaran kerja datang pada mereka yang cemerlang, tak kira jantina lagi. Kadang-kadang, jawatan tertinggi dalam suatu organisasi dipegang wanita besi. Hebat. Wanita berkerjaya hebat dipandang hebat pada hari ini. Dulu, tempat wanita cuma di ceruk dapur kononnya. Sekarang, zaman dah berubah. Perempuan pula yang jadi bos, perempuan pula yang jadi tunggak organisasi.

Menonton cerita hindi yang sarat dengan unsur kekeluargaan dan falsafah cinta, salah seorang watak wanita mengungkapkan "Karier terbaik seorang wanita adalah menjayakan kehidupan rumahtangganya". Ini kerana, satu watak wanita yang lain begitu komited dengan kerja hingga tidak mahu mendirikan rumahtangga. Menolak komitmen sebagai seorang isteri kerana terlalu taksub mengejar karier.

  • Cuba senaraikan berapa ramai wanita yang menjadi bos..
  • Kat tempat kerja kawan-kawan, bos tu wanita ke lelaki?..
  • Senang tak kerja dengan bos wanita ni?..

ALL IN ONE

KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

AKU INI WANITA

BEN ASHAARI

Nak meluahkan: SINI

Surat Untuk Ibu,

Ibu,
Terima kasih kerana melahirkanku.. Anak adalah Anugerah terindah dalam hidup. Dulu kutidak tahu.. Kini kulebih mengerti..

Ibu, kufaham kepayahanmu melahirkanku.. Kesakitan yang kau alami.. Kutahu tidak terperi rasanya.. Namun saat kau dengar suara tangisanku.. Kutahu , terus dapat kaulupakan keperitan itu.. Kerna kutahu, akulah penyeri hidupmu dan Ayah..

Ibu,
Terimakasih menyediakan hidangan buatku.. buat kami adik beradik.. Dulu kutak mengerti mengapa ibu yang terakhir menjamah hidangan.. Pasti Ibu risau hidangan itu tak cukup bagi kami.. Lalu Ibu menjadi yang terakhir dalam setiap santapan. Kutahu betapa bahagia rasanya bila melihat hidangan dinikmati oleh anak anak..

Ibu,
TerimaKasih menjaga ku.. kenakalanku tak terhingga.. Ibu tak pernah memukulku walau kupecahkan pasumu, pingganmu mahupun kusepahkan segalanya saat Ibu terlalu penat pulang dari kerjamu.. Maaf atas kesilapanku.. Terima Kasih Ibu


..Kerana kini kumengerti itu pabila kujuga bergelar Ibu..

Nasihat: Be Gentleman..

~Fuh.. karangan sendiri.. Susah gak memerah otak dikala tengahari ni kan...: Khas untuk segmen BA.. join?.. Klik Banner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...