Nak Souvenier best?

Showing posts with label wanita jadi menteri besar. Show all posts
Showing posts with label wanita jadi menteri besar. Show all posts

Wanita, tak perlu kerja?.. Setuju..

~Sudah tentu la tidak kan?.. Bak kata penulis ni di artike: INI.

Zaman sekarang, lelaki dan wanita sama-sama mengejar kerjaya. Tawaran kerja datang pada mereka yang cemerlang, tak kira jantina lagi. Kadang-kadang, jawatan tertinggi dalam suatu organisasi dipegang wanita besi. Hebat. Wanita berkerjaya hebat dipandang hebat pada hari ini. Dulu, tempat wanita cuma di ceruk dapur kononnya. Sekarang, zaman dah berubah. Perempuan pula yang jadi bos, perempuan pula yang jadi tunggak organisasi.

Menonton cerita hindi yang sarat dengan unsur kekeluargaan dan falsafah cinta, salah seorang watak wanita mengungkapkan "Karier terbaik seorang wanita adalah menjayakan kehidupan rumahtangganya". Ini kerana, satu watak wanita yang lain begitu komited dengan kerja hingga tidak mahu mendirikan rumahtangga. Menolak komitmen sebagai seorang isteri kerana terlalu taksub mengejar karier.

  • Cuba senaraikan berapa ramai wanita yang menjadi bos..
  • Kat tempat kerja kawan-kawan, bos tu wanita ke lelaki?..
  • Senang tak kerja dengan bos wanita ni?..

ALL IN ONE

KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

wanita sebagai Menteri Besar

~what do you think?.. sesuai tak perempuan jadi menteri besar atau ketua menteri?.. perdana menteri?..

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu kerajaan menimbangkan untuk melantik wanita sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Shahrizat juga mahu wanita diberi peluang untuk memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Tegasnya, cadangan tersebut berasas kerana sayap tersebut sudah mempunyai ahli seramai 1.3 juta orang.

“Kita tidak boleh berada di dalam zon selesa kerana pengundi atas pagar sentiasa melihat dan mendengar serta berharap bahawa kita akan menjalankan tugas dengan baik dan berhemah kerana mereka mahu terus menyokong kepimpinan Barisan Nasional,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita Umno 2010 di Dewan Tun Hussein Onn di sini, Rabu.

Menurutnya, rakyat sedar pembangkang telah menjanjikan ‘bulan dan bintang’ sebelum mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu sedangkan apa yang dijanjikan adalah khayalan dan fantasi politik yang memabukkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...