Nak Souvenier best?

kedudukan uri (placenta)


harini nak bercerita sedikit tentang kedudukan uri ketika mengandung.

pada awal kehamilan biasanya doktor akan membuat ujian ultrasound untuk menentukan keadaan kandungan. biasanya pada trimester pertama adalah untuk memastikan bahawa tarikh kandungan adalah betul.kemudian pada 18 minggu akan dilihat secara keseluruhan keaadaan fetus, keabnormalan awal boleh dikesan pada masa ini. juga kedudukan uri boleh ditentukan. kedudukan uri boleh berada samaada di atas atau dibawah.tidak menjadi masalah.
pada trimester ke3 ujian ultrasound biasanya akan diulang untuk menentukan kedudukan uri yang tersebut,pada masa ini jika kedudukan uri masih dibawah, maka ia dipanggil placenta praevia.
placenta praevia terbahagi kepada 2 iaitu minor dan major.jika major ia menutupi keseluruhan pintu rahim dan keadaan ini tidak membenarkan ibu bersalin secara normal.jika minor ia hanya ditepi pintu rahim dan boleh bersalin secara biasa.
harus diingat jika uri anda adalah dibawah(placenta praevia) dan mengalami pendarahan, mestilah segera ke hospital untuk berjumpa doktor.

3 comments:

yani said...

hmm..saya ni nak tanya satu soalan..sekiranya kita kadang2 mengalami pendarahan(bleeding)dan placenta kita terbelah dua..apakah maksudnya?adakah ibu dan anak selamat untuk bersalin secara normal ataupun nyawa ibu dan anak akan terjejas dalam kandungan dan babay ini hanya boleh hidup selama 6bulan?adakah betul?

yani said...

*baby*sori spelling error:)

nur said...

cuba baca kat sini.. yang kat atas tu secara am.. yang ni mungkin lebih detail..
http://mishafie.blogspot.com/2010/12/placenta-praevia.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...