Nak Souvenier best?

muka senget (bell's palsy)


suatu hari my makcik datang rumah.dia cakap dia sakit mata.dah seminggu.tapi yg i noticed mata kanannya x tertutup sepenuhnya dah muka dia kesengetan.. dia dah pergi satu klinik tapi hanya diberi ubat mata sahaja.katanya = sakit mata sbb itu yg dikomplainnya.
so, sebenarnya dia ada bell's palsy.
tapi kadang2 org terkonfius juga dgn stroke.jadi kene berhati2 and make sure org tu mmg xde darah tinggi or hypertension.

apa itu bell's palsy?
adalah keadaan di mana terdapat kelemahan atau kelumpuhan otot muka yang disebabkan oleh trauma pada saraf kranial 7 yg mengawal otot muka (biasanya sebelah muka sahaja) dan sementara.

dinamakan sempena sir charles bell-seorang pakar bedah,200 tahun dahulu
tanda-tanda
-melibatkan muka - tidak melibatkan bahagian badan yang lain, rasa lemah atau lumpuh pada sebelah muka dan susah untuk menutup mata pada bahagian terlibat
-muka senget
-sukar untuk ekspresi muka- senyum senget
-sakit pada rahang atau belakang telinga yang terlibat
-sakit kepala
-lebih sensitif terhadap bunyi pada bhgn terlibat
-kurang rasa
-kurang air liur dan air mata

gambar seperti yang di enclose kan

jika and mengalami masalah ini- silalah berjumpa doktor anda supaya diagnosis yg tepat dan rwtn yg betul diberi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...