Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:
“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:
“Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.”
(Bukhari)
dikongsi dari:
3 comments:
masyaAllah...
tu yg byk peselisihan, pergaduhan sesama manusia kan..
Assalamualaikum Nur
Subhanallah
moga kita jauhi drp pertentangan semasa kita
Wassalam
Ingat mengingatkan sesama kita kerana 'sesungguhnya Manusia dalam kerugian melainkan golongan ...'
Post a Comment