Nak Souvenier best?

Saya Hamil, Adakah Ubat Gastrik Sesuai Untuk Saya?

Saya risau mengenai pengambilan ubat-ubatan itu, harap doktor dapat memberikan nasihat.

AISYA,
Kuala Lumpur


LAZIMNYA ubat gastrik selamat digunakan sewaktu kehamilan. Bagaimanapun anda hendaklah bertanyakan doktor anda ataupun mendapat maklumat mengenai nama bahan ubat terbabit sebelum menyemak�nya. Saya tidak dapat menjawab tanpa berpandukan kepada jenis bahan ubat berkenaan.

Namun, perkara yang lebih penting adalah tabiat pemakanan anda sebagai ibu hamil. Tiada cara lain untuk berkongsi tanggungjawab memberi nutrisi kepada janin kerana ia bergantung kepada anda sahaja dan bukannya orang lain.

Anda perlu meluangkan masa untuk itu sama ada membawa bekal tambahan (tidak perlu meluangkan masa ke kantin) atau snek ringkas yang boleh dimakan ketika bekerja.

Majikan atau rakan sekerja lazimnya memahami keperluan pemakanan ibu hamil. Tubuh kita unik. Sekira�nya keperluan makanan tidak mencukupi misalnya kekurangan glukosa, tubuh akan menyalurkan kepada organ yang lebih penting seperti otak. Tidak mustahil jika tubuh turut mengetepikan bekalan kepada janin.

Kehamilan juga boleh menyebabkan pedih ulu hati seperti gastrik. Ini kerana kesan hormon progesteron terhadap perut. Jagalah pemakanan anda.

SUMBER: METRO

5 comments:

Fara said...

Sy pnh mengalami gastrik ms peknen. mmg pedih, Tapi doktor tak bagi lgsg walau ubat gastrik. Takut jadi pape. Malah, paracetamol yg ringan pun sy tak berani amik.

Rai said...

instead of makan ubat better amalkan calcium magnesium (bukan calcium lactate tau) calcium magnesium sangat membantu org2 yg ada masalah gastrik atau ulser dan pedih hati..

JunAina said...

setakat ini kak aina pregnant ke tak ke kalau kena gastrik memang makan ubat cair putih tu je. rasanya no problem kot.

JR said...

Jika pregnan sebelum ambil ubat minta nasihat doktor dulu, atau setidak2nya rujuk kandungan ubat dlm internet...

Entri terbaru blog JR:

Kalah Bola: Media Indonesia Kutuk Malaysia?

kay_are said...

ape yang penting.. bile pregnant, sebaik baik nye kne r pandai makan.. takleh melantak sume makanan je... tu yang terbaik rasenye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...