Nak Souvenier best?

Karnival Seksualiti?

"Sebab itu bagi saya, (program) itu tidak sesuai langsung dan saya tidak tahu apa faedahnya. Saya tidak faham kenapa mereka buat promosi seperti itu, apakah ada muslihat politik dan sebagainya, tetapi bagi rakyat Malaysia tentunya ada penilaian sendiri. "Tetapi bagi saya sesuatu perbuatan yang tidak memberi keuntungan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia sebaiknya tidak dibuat, ia satu pembaziran masa walaupun mereka boleh kata itu hak dan kebebasan mereka," katanya selepas berucap pada majlis Dengan Guru-Guru Bahasa Inggeris:SMR HR Group di sini, Khamis.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran program itu yang bermula semalam sehingga 13 November ini yang mengiktiraf hak seksual di kalangan golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LBGT) di negara ini.

Ditanya sama ada program itu wajar dihentikan, Muhyiddin berkata, ia terpulang pihak penganjur kerana mereka mempunyai hak untuk mengadakan sebarang program, namun masyarakat harus menilai apakah kebaikan daripada program itu.

Sementara itu, Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela) di dalam kenyataan akhbarnya hari ini turut menyatakan bantahan dan mengutuk sekeras-kerasnya festival itu dan siri program berkaitan LGBT yang telah dan akan dianjurkan oleh beberapa NGO, artis dan aktivitis atas nama hak asasi manusia itu.

Timbalan Pengerusinya Aminuddin Yahya berkata, festival dan agenda-agenda sedemikian mempunyai niat tersirat untuk menggerakkan kempen dan advokasi yang berterusan untuk merubah nilai dan landasan akhlak masyarakat negara ini yang berteraskan ajaran Islam sebagai agama negara.

Katanya Pembela menolak percubaan kelompok Liberal, Plural dan Sekular yang dilihat menjadi hamba kepada agenda globalisasi dan ingin mengheret masyarakat negara ini untuk meniru gaya dan budaya hidup songsang dan menjijikkan.

"Kempen ini ternyata bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Kanun Keseksaan dan Jenayah Syariah (bagi muslim) kerana ia menyeru orang ramai untuk menjalani kehidupan seks luar tabii yang merupakan satu jenayah," katanya. Aminuddin berkata, pendekatan apologetik terhadap perlakuan sumbang dan tidak bermoral golongan LGBT harus dihentikan serta-merta kerana ia telah meruntuhkan institusi kekeluargaaan dan memporak-porandakan norma-norma masyarakat yang bertamadun. -BERNAMA

6 comments:

hawiz said...

mcm2 skrg..

Mizfantagiro said...

Sy pun ada wt entry pasal ni..nape la ada manusia mcm ni..dh xder karnival lain dh ker yg blh di anjur? yg bermanfaat..ishhhh

YNA said...

entah pape :(

zanafahmi said...

Manusia yg lupa agama dan harga diri je anjurkan karnival tu..

Fara said...

Sebelum nie, dah byk karnival seks dianurkan. Cumanya, underground. Maka, utk tidak perlu mereka semua bergerak bwh tanah secara takut2, maka tuntutan hak kebebasan seperti inilah yg didambakan...

Kasihan manusia2 spt ini. Takutkan peraturan yg direka manusia dari takutkan hukum Allah!

JunAina said...

sekarang semua nak tuntut hak asasi manusia tetapi mereka tak pulak mengira hak agama pulak...maksud saya hak agama ke atas mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...